Saturday 15 December 2012

laksa terengganu kuah putih

pagi minggu hari ni saya masak laksa terengganu kuah putih..sama dgn kuah laksam...selain kuah putih Terengganu juga ada laksa kuah mcm kari..ia lebih kurang kuah laksa johor.
Bahan-bahan:-
laksa beras
2 cawan santan- panaskan sehingga hampir mendidih sahaja
6 biji bawang merah
1 sudu besar lada hitam
garam
4 ekor ikan selayang dipanggang - ambil isi dan tumbuk hancur
bahan-bahan ulam:-
timun
kacang panjang
tauge
daun kemangi/ selasih
daun kesom
pucuk gajus
*potong ulam2 ni halus2.
cara-caranya:-
bawang & lada hitam ditumbuk halus.
campurkan semua bahan tumbuk, garam, ikan ke dalam santan yang dipanaskan terlebih dahulu
makan dgn laksa dan ulam. sekiranya nak pedas masukkan cili boh semasa nak mkn.

Thursday 13 December 2012

kuih bakar

resepi kuih bakar ni saya ambil dari blog resipicitarasawan..mmg sedap. saya buat dlm loyang petak & bekas acuan tart. jom kita tgk resepi.
bahan:
250 ml air
6 helai daun pandan
(diblend bersama dan tapis) * saya ganti dgn esen pandan
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
200ml santan pekat
250 ml air
3 biji telur gred B
2 sudu besar mentega/marjerin dicairkan
1/2 sk garam
1/2 sk pewarna hijau apple
cara2nya:
blender semua bhn hingga sebati dan masukkan ke dlm loyang yang telah disapu minyak yg telah dipanaskan dahulu..lepas tu bakar hingga masak..garing2 sikit baru best.

Monday 3 December 2012

KUIH GULUNG / KETAYAP



Memandangkan ada inti kelapa di rumah..jadi saya buat kuih gulung atau ketayap. Jika di Terengganu kami panggil kuih gulung. Masa zaman sekolah dulu2 mak selalu juga buat kuih ni..semua adik beradik suka makan kuih ni...yang paling suka kuih ni saya adik bongsu saya. Seronok tengok dia makan banyak kuih ini masa kanak2 dulu (ada rasa bahagia bila tengok kanak2 makan)..kalau hantar pergi sekolah dan singgah gerai jual makanan pagi kuih gulung juga menjadi pilihan dia...sekarang sudah besar dah masuk universiti...entah masih suka lagi atau tak kuih ni yer...Resepi kuih gulung ini saya ambil dari fotopages chef hanieliza tapi saya ubah2 sikit lah.

Bahan Kulit 
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
sedikit asin pandan
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur 

1 sudu minyak masak
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air
½ biji kelapa parut muda 

daun pandan

Cara:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam blender dan mesin hingga sebati
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


Roti Jala

Resepi roti jala ini agak sedap dan lembut sampai petang dan tidak mudah basi. Ianya sedap dimakan dengan kuah kari ayam atau daging atau kuah durian. Resepi roti jala ini saya perolehi daripada dapurcomelku.blogspot.com yang mana resepi asalnya daripada ummi kuantan...thanks.


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
  • beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)
Cara-cara :-
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.

Pulut Durian


Pulut durian ni adalah makanan kegemaran saya. Sekarang ini musim durian so senanglah yer untuk mendapatkan durian. Resepi kuah santanya seperti di bawah:-

Bahan- bahan:-
2 cawan santan
gula melaka
gula putih
sedikit garam
daun pandan

Cara-caranya:-
Campur semua bahan masak dengan api perlahan. Apabila santan hampir mendidih bolehlah tutup api. Masak jangan sampai mendidih.


Kuah Kacang


Kuah Kacang ini sangat sedap boleh dimakan bersama nasi impit atau satay. Saya perolehi resepi ini daripada blog Chef Hanieliza...terima kasih sebab kongsi resepi dan minta izin halalkan resepi ini. Saya telah mencuba beberapa kali memasak kuah kacang menggunakan resepi ini dan ia mendapat pujian kesedapannya daripada keluarga dan kawan2.

Sumber: hanieliza.blogspot.com

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.

Tuesday 23 October 2012

Agar-Agar Pandan Bersantan

Lepas balik dari belajar membuat mee kuning badan kurang sihat...maybe saya memang tak boleh makan mee kuning. Kalau ikutkan sebelum ini kalau makan keow teow atau mee kuning mesti sakit perut 3 hari tapi kali ni sakit kepala 2 hari dan badan panas macam nak demam. Orang cakap agar2 boleh sejukkan badan so saya buat agar2 ni esokknya. Bila masak agar2 ni teringat pulak kat mak di kampung dia suka makan agar2 ni..ok yer kita tengok resepinya:-

Bahan-bahan:-
1/2 peket agar2
3 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur (dipukul)
pewarna hijau
esen pandan
6 sudu besar gula

Cara-caranya:-
masak agar2 dengan air hingga hancur dan selepas itu masukkan pewarna, esen pandan, gula,santan, telur. lepas itu sejukkan dalam loyang yang sesuai dan simpan dalam peti ais. Lepas itu boleh ler menjamu selera.

Kelas Mee Kuning

Mesin buat mee

sebelum jadi mee

sebelum mee direbus

rupa mee selepas direbus
20 Oktober 2012- Kelas membuat mee kuning. Ini adalah kelas masakan terakhir untuk tahun ini di Masjid Putra. 10 November 2012 ini akan diadakan majlis penutup. Dah bermacam-macam jenis masakan yang telah diajar di sini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak masjid dan cikgu yang mengajar dari KEMAS kerana banyak ilmu dan kemahiran masakan saya pelajari di sini. Sudah 2 tahun saya ikuti kelas masakan di sini....harap tahun depan panjang umur dapat ikuti lagi kelas ini. Kalau ada masa terluang saya masukkan resepi dan gambar2 kelas masakan yang lalu di sini. Ok seterusnya saya kongsi resepi mee kuning.

Mee Kuning

Bahan-bahan:-
1kg tepung gandum
25gm garam
20 gm air abu/ 2 biji telur
360 ml air (tapisan/mineral)
minyak masak

Cara membuatnya:-
1. tepung diayak
2. campurkan air, air abu dan garam. Uli tepung dengan campuran air tersebut
3. uli tepung hingga sebati dan padat
4. potong doh dan gelek dengan menggunakan mesin
5. apabila doh sebati gelek hingga nipis 1.5mm-2mm
6. potong kepingan menggunakan mesin pemotong mi
7. rebus mi dalam air mendidih hingga terapung
8. mee yang telah masak dikirai dibawah kipas hingga sejuk
9. gaul mee dengan sedikit minyak supaya tidak melekat


Ikan Steam Asam Boi

Baru-baru ini saya teringin nak makan ikan steam..kebetulan ada ikan ni dalam peti ais (tak tahu nama ikan apa ni..hehehhe). Balik dari kerja terus masak ikan ni.  Ok saya letakkan resepi main campak2 jer:-

Bahan-bahan:-
1/2 ekor ikan
1 labu bawang besar merah dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 biji cili potong kasar
 3 helai daun limau purut
3 sudu sos tiram
1 sudu stok ayam
2 biji asam boi
sedikit garam
cendawan
brokoli
1 cawan air kalau direbus (kalau kukus tak payah tambah air)

Cara-caranya:-
campur semua bahan bersama ikan dan kukus atau rebus. Dah hampir masak masukkan brokoli


Biskut Popia Nestum




Hari Raya Aidilfitri tahun ini saya tak buat biskut raya pun sebab kurang gemar makan biskut raya. Tahun ini dapat 3 jenis biskut sumbangan daripada pejabat. Semua biskut ini saya bawa balik kampung. Selepas hari raya saya terpaksa buat pulak biskut disebabkan permintaan daripada adik yang tak dapat beraya di Malaysia...sudah tiga tahun beraya di Perantauan. Saya buat biskut Dahlia, Popia Nestum, Tart Nenas Gulung dan 5 jenis lagi sumbangan daripada adik perempuan saya untuk dihantar ke sana.Disini saya letakkan resepi Biskut Popia Nestum saja kerana biskut lain pernah saya letakkan di blog ini:-

 Bahan-bahan:

1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur/bancuhan gandum dengan air sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay dan hujungnya lekatkan dgn telur. Buat hingga habis.

2.  Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, gaul  dgn horlicks, gula dan nestum kisar. Simpan dalam bekas kedap udara.


Kek Coklat

Memandangkan bahan-bahan untuk membuat kek coklat ada di dapur....saya ambil keputusan buat kek coklat dan bawa ke pejabat esoknya. Saya sorang2 mana dapat habis makan semua ni. Kalau saya makan semua bertambahlah chubby saya ni....hmmm bila nak kurus ni...hehehe.

Resepi kek ini saya ambil dari myresepi kek coklat moist (kak izan)...terima kasih kepada penyumbang resepi. Jom kita tengok resepinya:-

Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 cawan gula halus
  • 4 biji telur gred A
  • 250 gm buttercup
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • *1 cawan serbuk koko
  • *1/2 cawan gula halus
  • *1 cawan air panas
  • *1/2 cawan susu cair

Cara-cara 

  1. Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
  3. Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
  4. Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
  5. Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat

Kek Kurma


Kek Kurma ini saya buat masa open house hari tu tapi baru masukkan dalam blog.. Ni kek yang selalu saya buat dan ia diulang tayang.Kek ini adalah kegemaran adik dan kawan2 saya. Ia sangat mudah dan kos yang kecil untuk menghasilkannya..kalau nak resepinya boleh tengok N3 yang lepas.

Friday 29 June 2012

Talam Tokyo

Lapisan Bawah:-
60 gm sohon (rendam hingga lembut dan potong)
300 gm sagu biji (basuh dan toskan)
100 gm kelapa putih
400 ml santan cair
1 tsp garam

Cara-caranya:-
Campur semua bahan tanpa masak terlebih dahulu dan masukkan dalam loyang dan kukus.

Lapisan Atas
100 gm tepung kastad
700 ml santan
250 gm gula
4 biji telur (Saiz C)
1/4 tsp air alkali/ kapur
1 tsp perasa pandan
sedikit garam
pewarna hijau

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masakkan sekejap. Selepas itu, tuang di atas lapisan bawah dan kukus hingga masak.


Thursday 21 June 2012

Sotong Masak 3 Rasa

Gulai kuning Ikan Merah

Talam Ubi


Lapisan Bawah:-
700 gm Ubi Kayu yang telah diparut dan diperah
500 ml santan cair
200 gm gula melaka
100 gm gula pasir
daun pandan

Cara-cara memasak:-
1. Masak kedua-dua gula bersama santan cair sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. campurkan semua bahan-bahan dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit . Setelah masak , buat garis-gariskan dengan garpu dan masukkan lapisan atas.

Lapisan Atas:-
1 liter santan
70 gm tepung beras
70 gm tepung jangung
1 tbs gula
1 tbs garam

Cara-cara memasak:-
1. Campur semua bahan dan masak sekejap di atas api. Setelah itu, tuang di atas lapisan bawah.

Talam Gula Merah











Lapisan bawah:-
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
5 cawan air biasa
(masak ketiga-tiga bahan di atas hingga larut dan sejukkan)

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur /air abu/air alkali (tak nak masukkan pun tkdak mengapa)


Cara-cara memasak:-

Campurkan semua bahan di atas hingga sebati dan masakkan sekejap sambil  kacau. Lepas itu, tuang di dalam loyang dan kukus sampai masak. lepas itu, garis-gariskan dengan garpu dan tuangkan bahagian lapisan atas dan kukus hingga masak.

Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
2 sudu tepung jagung (untuk kilatkan)

* cara memasaknya sama seperti di atas.

Talam Sago Warna Warni





Bahan-bahan:-
200 gm sagu mata ikan x3
100 gm gula pasir x3
70 gm kelapa parut (putih) x3
1/2 tsb garam x 3
3/4 cawan santan x3

Cara membuatnya:-
1. Rendam sagu selama 10 minit. Kemudian toskan.
2. Gaul semua bahan. Kemudian kukus selama 20 minit.
3. Ulang semua proses di atas. Kukus setipa layer selama 20 minit.
4. Mulakan dengan warna kuning, hijau dan merah.
5. dah masak potong dan gaulkan dengan kelapa 


Kelapa

kelapa campur garam dan kukus sekejap

Kelas Kuih Talam



Kelas Memasak kali ini di Masjid Putra diajar 4 jenis kuih talam iaitu talam ubi, talam gula merah, talam talam sago warna warni dan talam tokyo

Pizza Roti

Tauhu Sumbat

Tauhu sumbat ni memang sedap sebelum ni saya pernah makan di rumah jiran saya semasa pertunangan anaknya.  saya cuba mencari resepinya di internet dan terjumpa di blog dayangjack...terima kasih kepada dayangjack kerana berkongsi resepi yang sedap ini.

Bahan-bahan :
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah/ayam/daging (direbus dan dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang/daun sup (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit tepung gandum
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan tepung. Kemudian, sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan golek2/salutkan dgn tepung. Kemudian goreng sehingga keperangan.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

Kerabu Tomato

Bahan-Bahan:-
Tomato - dipotong bulat-bulat
1/2 labu Bawang Besar Merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar udang kering 
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:-
bawang, cili dan udang ditumbuk kasar lepas tu campur air limau, garam, gula. Selepas itu, gaul dengan tomato.

Botol Kaca Tempat Isi Rempah Ratus

Baru-baru ni tercari-cari botol kaca untuk menyimpan rempah-rempah akhirnya terjumpa di kedai 2.99 di kajang. Harganya untuk 6 botol RM11.99 agak murah juga. Simpan rempah dalam botol macam ni dapur kelihatan kemas dan senang nak cari rempah di dapur sendiri setelah di label. 6 biji botol ni masih tak cukup lagi untuk isi rempah yang lain. lepas ni kalau pergi lagi kedai tu kena beli lagi botol-botol ni.

Hadiah Family day 2012

Famly day 16 jun 2012 baru-baru ni untuk cabutan bertuah saya dapat pembakar roti jadi bolehlah bakar roti untuk minum pagi atau petang.









Tuesday 20 March 2012

kerang rebus cicah air asam


Kerang direbus bersama:-
1 kg kerang
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
sedikit air

caranya:- rebus hingga masak


Air Asam
sebiji cili merah besar
3 biji cili padi
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 biji air asam limau kasturi/ air asam jawa
1/2 cawan air 

Caranya:-
campur semua bahan dan blander hingga hancur

Laksa Sarawak

ikan siakap stim

kerabu pucuk paku

keow teow goreng

Ikan Kerapu 3 Rasa

 
Bahan-bahan:-
2 ekor ikan kerapu - dilumur dgn tepung jagung & serbuk perasa Knorr - goreng hingga garing
1 labu bawang besar - dicincang dadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - dicincang
sedikit minyak utk menumis
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
sedikit garam
nenas - potong dadu
timun - potong dadu
tomato - potong dadu

Cara-caranya:-
Tumis bawang, halia hingga wangi. Masukkan sedikit air, sos & garam. Biarkan mendidih dan pekat. Masukkan nenas, timun & tomato. Curah atas ikan. Sedap dimakan bersama-sama dengan nasi panas.








































Wednesday 1 February 2012

Telur masak sambal

Lunch hari ini saya masak telur masak sambal, daging goreng kunyit dan telur masin. Disini saya kongsi resepinya:-

Bahan-bahanya:-
2 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, cili boh, sos cili, asam jawa, garam, gula, minyak untuk menumis.

2 biji telur direbus dan selepas itu digoreng

Cara-caranya:-
Tumis bawang yang telah dikisar hingga wangi, masukkan cili boh, sos cili, garam, gula, sedikit air asam jawa. masak hingga pekat dan masukkan telur tadi.

Daging Goreng Kunyit

Masakan ini sangat simple tetapi sedap dimakan dengan nasi panas-panas atau bubur nasi. Resepinya saya paparkan dibawah:-

Cara-caranya:-
Daging dipotong nipis dan digaul dengan kunyit dan garam- goreng hingga masak.
Setelah itu potong mayang bawang besar dan cili padi tumis hingga layu dan masukkan daging tadi dan sayur-sayuran seperti bunga kobis, kacang panjang, carrot

Bubur nasi bersama tempe dan bilis


Saya suka makan bubur nasi sebagai breakfast atau apabila badan tak sihat. Cara memasaknya sangat mudah.

Cara-cara masak bubur:-
1 Cup beras, stok ayam, halia, air secukupnya masak hingga hancur dan pekat

Sambal bilis bersama tempe:-
tempe dipotong nipis dan digoreng garing
bilis digoreng garing
bawang besar dan cili padi ditumbuk kasar

Cara-caranya:-
Bawang dan cili ditumis hingga wangi dan masukkan tempe, bilis dan garam atau kalau suka masukkan kicap. Setelah itu bolehlah dimakan dengan bubur nasi. Biasanya saya letakkan kicap atas bubur semasa hendak makan.

Laksa Penang/Kedah/Utara

Laksa adalah antara makanan kegemaran saya...tak kisah laksa apa pun asalkan laksa. Kali ni saya masak Laksa Utara. Lagi lama kuahnya dipanaskan lagi sedap.

Bahan-Bahan:-
Laksa
bawang besar mayang
cili padi potong kecil-kecil
telur rebus
limau kasturi
timun dipotong halus

Bahan-bahanya kuahnya (Anggaran makan untuk 4 orang):-
5 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping selepas itu isinya dikisar halus)
 1 kuntum bunga kantan-dimayang kasar
10 biji bawang kecil merah/2 biji bawang besar merah -dikisar halus
segenggam cili kering - dikisar halus
5 biji cili padi - dikisar halus
3 keping asam keping
sedikit belacan
daun kesom
garam
air rebusan ikan dan air tulang ikan

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masak hingga kuah pekat dan rasanya secukup rasa. Setelah itu boleh lah dituang ke atas laksa.





Saturday 7 January 2012

Cream Puff Kastard Berjagung


 Saya buat cream puff ni untuk minum petang. Saya buat ni menghasilkan 14 biji cream puff.


Bahan-Bahannya:-
45 gm butter
65 gm tepung gandunm
2 biji telur
100 mll air

Cara-caranya:-
Didihkan butter bersama air apabila butter dan cair perlahankan api dan masukkan gandum dan kacau sebati. Tutup api dan masukkan telur dan kacau sebati. masukkan dalam plastik kon dan nozzle bintang. Paipkan dalam dulang pembakar yang telah diletakkan marjerin. Bakar hingga perang dan setelah sejuk belah 2 dan ditengah-tengah letakkan inti kastard.

Bahan-Bahan Kastard:-
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
1 cawan susu segar
1 sudu kecil aisin vanila
1 biji telur
1/2  tin creamer jagung
gula 4 sudu

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masak hingga pekat.

Gulai Berempah Daun Kesum Ikan Keli

Resepi ni saya pelajari daripada mak saya. Kalau makan masakan ni saya akan teringat dekat mak di kampung. Setakat ni saya tk jumpa lagi masakan ni di tempat lain. Dulu kalau mak masak ni kami adik beradik akan makan bertambah2 dan berebut2.

Bahan-bahannya:-
2 ekor ikan keli
1 labu besar bawang besar merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar  halus
1 inci halia - dikisar halus
3 sudu cili boh
2 sudu besar rempah gulai terengganu
2 sudu kerisik
daun kesom
sedikit manisan
garam
asam keping
Rempah kasar 4 sekawan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
Panaskan minyak masukkan rempah kasar, cili boh lepas tu masukkan bahan kisar dan rempah gulai. Setelah rempah masak masukkan ikan,kerisik, asam keping, garam dan gula melaka. Apabila ikan masak angkat dahulu dalam bekas lain. Masukkan santan dan masak hingga santan pekat dan masak hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ikan tadi, daun kesom dan biarkan mendidih sekejap dan boleh dimakan dengan nasi.

Sayur Bendi Bercili

Sayur ini sangat simple tetapi sedap. Saya pelajari dari buku resepi Rasa. Dalam buku resepi menggunakan cili merah  sahaja tetapi saya tambah cili padi kerana saya suka pedas. Dalam buku tu hanya guna udang kering sahaja tetapi saya ubah guna udang lain. Walaupun ada sedikit perubahan tetapi rasanya tetap sedap.

Bahan-Bahan:-
Bendi- direbus
1/2 labu Bawang Besar Merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar udang kering atau geragau/baring
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:-
bawang, cili dan udang ditumbuk kasar lepas tu campur air limau, garam, gula. Selepas itu, tuang di atas bendi yang telah direbus.