Sunday 29 December 2013

Kek Oren Blended

Saya perolehi resepi kek ini dari internet bagi saya rasa kek ni biasa saja ia agak lembab dan berat. Kek ini agak mudah kaedah pembuatannya ...blended semua dan bakar. Saya hias dengan krim mentega dan letak filling oren.

Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: internet
Bahan-bahan:
1 biji oren
3 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum*
1 1/2 st baking powder*
Cara-cara:
Panaskan oven 160'C.
Alaskan loyang bersaiz 8" dengan baking paper.
Ayakkan bersama bahan-bahan bertanda.
Buah oren dibelah dan dibuang bahagian putih (bawah kulit oren). Buang biji jika ada.
Dalam jug pengisar, masukkan buah oren yang dibelah, telur, gula dan minyak. Kisarkan sehingga gebu.
Kalau jug pengisar anda besar, tak perlu keluarkan bahan kisar ke mangkuk lain, terus masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati.
Tuang adunan dalam loyang dan bakar 60 minit atau sehingga masak.

Saturday 28 December 2013

Krim Mentega Sedap

Sumber: Aziejaya.blogspot.com
Resepi: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150gm mentega

350gm krimwell

180gm sirap gula/susu krimer manis

3 sudu besar gula aising

Cara:

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.

Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Tuesday 24 December 2013

Puding Triffle

Puding ni ada 4 layer dan memang sedap dengan gabungan kek, kastard, buah-buahan campuran dan jelly. Dah beberapa kali saya buat puding ni bila ada majlis. Kali ni sy buat kerana repeat order dari Pn. Fiza sebanyak 100 bekas.

Dihasilkan: diaridapurmida

Bahan-bahan:-

Bahan A
Kek gulung secukupnya

Bahan B
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
5 cawan air kosong

 1 sudu kecil asen vanila

- campur semua bhn B dan masak dengan api perlahan hingga pekat dan berkilat.
- jangan masak lama sgt untuk dapatkan tekstur yg lembik

Bahan C
Buah-buahan campuran dalam tin

Bahan D
Masak serbuk agar-agar jelly perisa strawberry secukupnya

Cara-caranya:-
Mula-mula lapis bahan A, lepas tu letak air buahan campuran supaya kek lembab, lepas tu letak B, C dan akhir sekali bahan D

Monday 23 December 2013

Nasi Arab Hadramaut

Nasi Arab ni memang sedap dan dah beberapa kali saya membuatnya..tapi kan saya derhaka sikit cara masak dan makannya disebabkan saya tak makan dengan lauk nasi arab. Biasa saya makan dengan gulai daging terengganu atau ayam masak kurma bersama acar.

Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: Dapurmamasya.blogspot.com

Resepi Nasi Arab Hadramaut

bahan2 utk nasi:-
 5 cawan beras basmati Pusa
 1cwn beras sukatan; 1 1/2 cawan @ 2 cwn air bergantung kpd jenis beras
1 biji tomato yg masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada hijau - potong besar. tambah kalau nak pedas
3 biji Buah pelaga, 
3 helai bay leaf, 
 1 batang kulit kayu manis,
cengkih,
1/2 ketumbar(debu),lada  1
1/2 sb jintan putih(debu)
1/2 sb jintan manis (debu)
1/2 sk lada hitam (boleh tambah kalau nak pedas) - sy tk letak pun
1 sb serbuk za'afaran - warna kuning mcm serbuk kunyit 
Minyak masak - guna minyak jagung
1 kiub ayam/air rebusan ayam
garam secukupnya

cara-caranya:-
Tumis bahan rempah kasar lepas tu masukkan bawang. Bawang dah wangi masukkan air dan stok ayam, daun bay leaf, garam, beras yang telah dicuci. Pastu masaklah nasi spt biasa.

Sunday 22 December 2013

Nasi Minyak

Nasi minyak ni saya makan dengan gulai ayam terengganu dan acar timun.
Dihasilkan: diaridapurmida

BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras
3 sb marjerin
2 sb minyak sapi
3 sudu besar minyak 
1 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia diketuk
Rempah kasar: 1 batang kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah palaga, 4 biji cengkih
daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu tomato puri/ sos tomato
Air 6 cawan
1 kiub stok ayam
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:-
Tumis rempah kasar dgn minyak, marjerin, minyak sapi, bawang dan halia hingga wangi. Masukkan air, susu, kiub stok ayam, sos tomato, daun pandan apabila dah mendidih masukkan beras tutup dan masak hingga nasi kering. Pastu masukkan sedikit pewarna kuning dan gemburkan nasi selepas itu tutup balik dan biarkan nasi tu masak.

Friday 20 December 2013

Nasi Kerabu


Nasi kerabu ni adalah mkn sebelah pantai timur. Nasi ini adalah antara mkn kegemaran saya. Baru- baru ini birthday saya, menu nasi kerabu yg sedap ni antara salah satu menu yg saya jamu untuk kawan- kawan di pejabat. Resepi ni sy perolehi daripada blog aziejaya. Memang sedap resepi ni ..tq kak azie yg sudi kongsi resepi ni.


Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: aziejaya.blogspot.com

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah santan

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Cara-caranya:-
  • Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 
  •  Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal kelapa:-

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng

4 bawang merah

2 batang serai

Garam

Gula

Cara-caranya:-
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam - ulaman:-
 Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili:-
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Telur masin 

Ikan rebus goreng celup tepung

Daging bakar

Daging goreng atau ayam goreng

Keropok atau keropok lekor

Solok lada

Bawang putih jeruk

Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang:-
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.



Coklat Moist Cheese Cake

Apam mekar @ merekah


Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: kakzusemanisgula.blogspot.com
BAHAN BAHAN

2 biji telur
230 /200 gm gula castor
1 tsp ovelette
250 gm tepung gandum ~ kkzu guna tepung cap kunci @ cap cempaka
175 gm aissoda @ 1cawan ~ jangan penuhkan sukatan cawan tu ~ kurangkan ckit
1 tsp esen vanilla
paste pandan
paste keladi
kaler purple
kaler hijau

Putar telur, ovelette  dan gula hingga kembang dan putih ~ diterbalikkan tak jatuh adunan tu
Masukkan tepung berselang seli dengan aissoda.Kacau sebati dan masukkan esen vanilla
Bahagikan kepada beberapa mangkuk dan letak paste dan kaler yang di sukai.
Kukus apam selama 7 minit pada air kukusan yang mengelegak dengan api besar.
Tutup penutup pengukug dengan kain untuk mengelakkan apam terkena air.

TIPS ~ AISSODA DAN TELUR ADELAH SUHU BILIK.

Super Moist Vanila Cup Kek

Vanila cup kek ni memang terbaik dan sedap. Ia lembut, moist, ringan bagi saya rasa dan struktur cup kek ni mmg terbaik. Saya hasilkan cup kek ini sempena birthday saya.

Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: emiliaputeri.blogspot.com
Resepi asal: aziejaya.blogspot.com

bahan-bahan:-
3/4 cawan butter / 170gm - suhu bilik
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 s.k garam
1 3/4 cawan gula kastor (kurangkan sedikit)
3 s.k vanila
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

cara-caranya:
1. Putar butter dgn kelajuan tinggi selama 30 saat
2. masukkan gula & putar sebati
3. Masukkan telur satu persatu & esen vanila sambil terus putar.
4. Masukkan tepung selang seli dengan susu dgn kelajuan perlahan hingga sebati
5. Masukkan dlm cawan cup kek 2/3 penuh dan bakar 15 minit - 18 minit sehingga kekuningan/ masak pada suhu 170○c

cream icing
1kg kreamwell
1/2 kg gula icing
esen vanila

cara-caranya:-
Pukul creamwell hingga kembang. Pastu masukkan gula icing dan pukul hingga sebati dan kembang.
lepas tu, boleh lah adun bersama-sama dengan warna kesukaan (oil base) dan boleh lah di deco

Cream Puff

Cream puff ni mmg sedap saya buat hari tu untuk mesyuarat dan kawan2 makan.
Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: zuliana.myresepi

Resepi cream puff ni dapat 28 biji

Bahan-bahannya:-
125gm self raising flour/tepung gandum dgn 2 sk baking powder
100gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur gred C


Cara-caranya:-
Masak butter, air, gula dimasak dengan air hingga mendidih. Tutup api masukkan tepung kacau hingga menjadi doh . Biarkan sejuk doh dan masukkan telur sebiji-sebiji dan kacau hingga telur sebati dengan doh.
Paipkan dgn nozzle bintang
* spray dengan air dahulu sblm bakar
* bakar pada suhu 220°c
Dah masak masukkan inti kesukaan

Inti:-
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 cawan jagung dlm tin / durian
1/2 cawan  t.kastard
5 sudu besar gula


Nasi tomato

Nasi tomato ni saya buat sebab ada order daripada ofis. Nasi tomato ni resepinya simple sahaja tetapi sangat sedap.


Dihasilkan:diaridapurmida.blogspot.com
Sumber:dapurmamasya.blogspot.com

Bahan-bahan ( 4~5org ) 
4cwn beras(dibersih dan ditoskn) 
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- mama letak dlm 8 sb 
2 kuntum bunga cengkih 
1/2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 
5 cm kulit kayu manis 
1 biji bawang besar dicincang 
160g tomato puree (dlm tin)- mama guna tomato paste dlm botol,letak dlm 5 sb 
1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je 
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional) 
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia 

Cara-cara:-
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit. 
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu. 
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. 
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar. 
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.