Saturday 7 January 2012

Cream Puff Kastard Berjagung


 Saya buat cream puff ni untuk minum petang. Saya buat ni menghasilkan 14 biji cream puff.


Bahan-Bahannya:-
45 gm butter
65 gm tepung gandunm
2 biji telur
100 mll air

Cara-caranya:-
Didihkan butter bersama air apabila butter dan cair perlahankan api dan masukkan gandum dan kacau sebati. Tutup api dan masukkan telur dan kacau sebati. masukkan dalam plastik kon dan nozzle bintang. Paipkan dalam dulang pembakar yang telah diletakkan marjerin. Bakar hingga perang dan setelah sejuk belah 2 dan ditengah-tengah letakkan inti kastard.

Bahan-Bahan Kastard:-
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard
1 cawan susu segar
1 sudu kecil aisin vanila
1 biji telur
1/2  tin creamer jagung
gula 4 sudu

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masak hingga pekat.

Gulai Berempah Daun Kesum Ikan Keli

Resepi ni saya pelajari daripada mak saya. Kalau makan masakan ni saya akan teringat dekat mak di kampung. Setakat ni saya tk jumpa lagi masakan ni di tempat lain. Dulu kalau mak masak ni kami adik beradik akan makan bertambah2 dan berebut2.

Bahan-bahannya:-
2 ekor ikan keli
1 labu besar bawang besar merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar  halus
1 inci halia - dikisar halus
3 sudu cili boh
2 sudu besar rempah gulai terengganu
2 sudu kerisik
daun kesom
sedikit manisan
garam
asam keping
Rempah kasar 4 sekawan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
Panaskan minyak masukkan rempah kasar, cili boh lepas tu masukkan bahan kisar dan rempah gulai. Setelah rempah masak masukkan ikan,kerisik, asam keping, garam dan gula melaka. Apabila ikan masak angkat dahulu dalam bekas lain. Masukkan santan dan masak hingga santan pekat dan masak hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ikan tadi, daun kesom dan biarkan mendidih sekejap dan boleh dimakan dengan nasi.

Sayur Bendi Bercili

Sayur ini sangat simple tetapi sedap. Saya pelajari dari buku resepi Rasa. Dalam buku resepi menggunakan cili merah  sahaja tetapi saya tambah cili padi kerana saya suka pedas. Dalam buku tu hanya guna udang kering sahaja tetapi saya ubah guna udang lain. Walaupun ada sedikit perubahan tetapi rasanya tetap sedap.

Bahan-Bahan:-
Bendi- direbus
1/2 labu Bawang Besar Merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar udang kering atau geragau/baring
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:-
bawang, cili dan udang ditumbuk kasar lepas tu campur air limau, garam, gula. Selepas itu, tuang di atas bendi yang telah direbus.

Sunday 1 January 2012

Tempe Celup Tepung Rangup

Dah lama saya tk makan tempe celup tepung rangup. Saya belajar masak ni daripada Nor kawan rumah sewa lama dulu. Semasa duduk ramai2 di rumah sewa makan tempe ni ramai2 mmg sedap. Makan sorang2 macam hari ni tk sesedap makan ramai2. Selamat mencuba...resepi ni memang sedap.

Resepinya:-
tempe dipotong nipis-nipis
5 sudu tepung gandum
5 sudu tepung beras
2 sudu marjerin
sedikit garam
2 sudu serbuk kari
1 sudu cili boh
sedikit air
minyak secukupnya untuk menggoreng

Sambal Kicap:-
6 biji cili padi -tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu gula
kicap manis kipas udang secukupnya

Cara-caranya:-
tepung gandum, tepung beras, marjerin, garam, serbuk kari, cili boh, air dicampur semua dijadikan tepung untuk mencelup tempe. Lepas celup dalam tepung goreng dalam minyak yg banyak. Dah garing angkat dan sedia di makan dengan sambal kicap