Friday 18 November 2011

Nasi Ayam Penyet

Resepi Ayam Penyet ni saya ambil dari MyResepi. Senang sahaja dan sedap...di bawah ini saya letakkan resepinya. Saya tak buat sup tapi saya makan dengan singgang daging sama mcm sup juga



Bahan-bahan ( 6 orang )

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  • Untuk Nasi
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)

Cara-cara 

Untuk Ayam Penyet

  • Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  • Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  • (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing. 

  • Untuk Sambal
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  • Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.
 Untuk Sup
  • Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan. 
  •  
  •  
  • Untuk Nasi
  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  • Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.

Lunch Nasi Ayam Penyet dan Singgang Daging


Singgang Daging

Memandangkan daging korban masih ada saya mencuba singgang daging merupakan masakan kelantan...Resepinya saya ambil dari MyResepi

Bahan-bahan

  • Daging (ikut suka banyak mana)-dihiris nipis-nipis
  • 2 jenis cili (cili padi, cili kering-jika suka pedas)
  • Ketumbar-ditumbuk sedikit
  • asam keping (ikut suka)
  • bawang putih
  • bawang merah
  • lengkuas
  • sedikit manisan kerek/gula melaka
  • budu (memang lagi sedap kalau masukkan)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Daging dipotong nipis, sejat
  2. Bawang putih, merah, lengkuas dipotong nipis, Cili padi di potong kecil-kecil
  3. Masukkan semua bahan dan gaul lebih elok kalo diperap sekajap.
  4. Jerang diatas api sampai daging masak. Rasanya daging singam ni pedas, manis, masin dan masam. Makan dengan nasi putih.
    

Masak pedas bersantan hati


Goreng Terung


Monday 14 November 2011

Mee Goreng Daging

Malam ini saya dinner dengan mee goreng daging dan sangat sedap dimakan dengan keropok lekor dan keping.

Bahan-bahanya:-
6 Ulas Bawang Putih - tumbuk kasar
250 gm Daging Cincang
Sayur Sawi
500 gm Mee Kuning
Minyak utk menumis
4 sudu Cili Boh
4 sudu kicap manis
4 sudu kicap masin
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
sedikit air asam limau
serbuk lada hitam
stok ayam/daging
gula
garam

Cara-caranya:-
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan daging setelah separuh masak daging masukkan cili boh. Masukkan sedikit air. Masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili serbuk lada hitam, stok ayam/daging, gula, garam, air asam limau. Biarkan mendidih sekejap dan daging telah masak. Masukkan mee dan sayur.

Ketupat Palas



Rojak katih atau Urat Keting

Makanan ini adalah popular di Negeri Terengganu...resepinya saya kongsikan disini tapi resepinya tiada sukatan disebabkan saya masak main agak2 atau campak2 jer ..hehehhe. Apa yg penting sedap.

Bahan-bahannya:
Daging Urat Keting Direbus hingga empuk

Bahan-bahan untuk kuah:-
Air asam jawa
cuka
manisan/gula melaka
gula
garam
cili boh
air secukupnya

Cara-caranya:-
campur semua bahan untuk kuah dan masak hingga pekat dan secukup rasa (masam manis). Setelah kuah masak campurkan daging urat keting dengan kuah


Breakfast di Swiss-Garden Resort & Spa, Kuantan



Dinner di Hotel M. S Garden, Kuantan













Pada 10.11.2011 dinner dengan makan chinese food semua makanan sedap..yang paling sedap ikan .esoknya 11.11.2011 my birthday...bolehlah dianggap macam sambut birthday saya juga (perasan..hehhehe) padahal ni dinner lain.

Bukit Tinggi, Pahang

Itik Hitam tengah tidur
Add caption

Nasi Daging, Air Asam dan Daging Beriani

Nasi Daging
Air Asam
Daging Beriani

Satay, Nasi Impit dan Kuah Kacang
Pada Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini saya telah memasak nasi daging, air asam, daging beriani , satay, nasi impit dan kuah kacang. Semua makanan berasaskan daging memandangkan banyak daging korban. Resepinya nanti saya masukkan kemudian.