Tuesday 23 October 2012

Biskut Popia Nestum




Hari Raya Aidilfitri tahun ini saya tak buat biskut raya pun sebab kurang gemar makan biskut raya. Tahun ini dapat 3 jenis biskut sumbangan daripada pejabat. Semua biskut ini saya bawa balik kampung. Selepas hari raya saya terpaksa buat pulak biskut disebabkan permintaan daripada adik yang tak dapat beraya di Malaysia...sudah tiga tahun beraya di Perantauan. Saya buat biskut Dahlia, Popia Nestum, Tart Nenas Gulung dan 5 jenis lagi sumbangan daripada adik perempuan saya untuk dihantar ke sana.Disini saya letakkan resepi Biskut Popia Nestum saja kerana biskut lain pernah saya letakkan di blog ini:-

 Bahan-bahan:

1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur/bancuhan gandum dengan air sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus

Cara penyediaan:

1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay dan hujungnya lekatkan dgn telur. Buat hingga habis.

2.  Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.

3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.

4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, gaul  dgn horlicks, gula dan nestum kisar. Simpan dalam bekas kedap udara.


No comments:

Post a Comment