Wednesday 18 May 2011

Puding Ikan Berkuah Laici


Bekas ikan ni saya beli di Chow Kit...dah lama cari bekas ni akhirnya jumpa juga...Malam ni pertama kali guna bekas ni. Jom kita tengok resepinya kat bawah ni.

Bahan-bahannya:-
1/2 plastik agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula
aisin vanila
1/4 susu cair
Pewarna kuning dan hijau
2 sudu tepung kastard

Bahan-bahan kuahnya:-
1/2 tin susu cair
1/2 air masak
1/2 buah laici dalam tin
1/2 gula
aisin vanila
2 sudu tepung kastard

Cara-caranya:-
Masaklah agar-agar mcm biasa dah masak masukkan dalam bekas ikan selang seli warna. kuahnya campur semua bahan kacau hingga sebati tk perlu mendidih lama last masukkan buah laici.

Monday 16 May 2011

Daging Masak Black Paper

Lunch tadi masak daging black paper. Masak kali ni tak letak daun bawang dan daun saderi sebab tak der dalam peti ais. Jadi saya masak jer lah guna bahan yg sedia ada saja.

Bahan-bahannya:-
  • Daging direbus hingga empuk
  • 1 labu bawang besar (dimesin)
  • 3 ulas bawang putih (dimesin)
  • sedikit halia (dimesin)
  • lada hitam ditumbuk/kisar halus
  • kicap 
  • sos tiram
  • Daun saderi
  • Daun bawang

Cara-caranya:-
 Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan kicap, lada hitam, daging dan air rebusan daging dan masak hingga pekat. Semasa hampir pekat masukkan sos tiram, daun saderi, garam. Dah masak tabur daun bawang.

Telur Dadar Berkacang

Telur dadar ni adalah makanan kegemaran saya. Selain kacang panjang boleh juga letak kacang buncis atau sawi putih. Saya kurang gemar telur dadar kosong.



Bahan-bahannya:-
2 biji telur
3 biji kacang panjang (potong kecil2)
sedikit bawang besar mayang
2 biji cili padi
garam

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan goreng mcm goreng dadar biasa.

Mee Goreng Maggie

Masakan ni tak der resepinya sebab ia makanan segera semua org tahu buatnya ...saya cuma tambah cili padi, kicap dan sos cili (tambahan bahan ni resepi daripada Iju masa zaman belajar dulu2 kalau malas beli makanan makan maggie jer) pastu tambah telur mata sebiji utk breakfast hari ni.Jangan amalkan makanan segera ia tk sihat utk kesihatan.

Sotong Masak Sambal

Bahan-bahan:-
2 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit cili boh/cili kisar
sedikit air asam jawa
garam
gula

Cara-caranya:-
Panaskan minyak, masukkan bawang mesin dah wangi masukkan cili dan biar cili masak baru letakkan air asam jawa, gula, garam, sedikit air dan last sekali masukkan sotong.Masaklah biar sotong masak dan kuahnya pekat.

Jahit langsir

Malam ni plan nak jahit langsir walaupun terasa agak malas kena jahit juga sebab nak bawa balik kg akhir bulan ni. Sementara ada mood sikit ni baik saya jahit cepat2..heheheh

Sunday 15 May 2011

Puding Nenas Berkuah

Memandangkan musim panas ni elok rasanya kita makan puding bagi menyejukkan badan dan tekak kita. Hari ni saya telah masak puding nenas berkuah.
Bahan-bahannya:-
1/2 bungkus agar-agar
3 gelas air
1/2 cawan gula
1/4 tin susu cair
1/2 tin nenas dalam tin
1 biji telur (campur dalam susu )
Daun pandan
aisin vanila
2 sudu tepung kastard (bancuh dengan sedikit air)
pewarna hijau

Cara-caranya:-
Masak agar-agar bersama air dan daun pandan setelah hancur masukkan gula. Apabila gula hancur masukkan susu, buah nenas,aisin vanila dan tepung kastard. Biar mendidih sekejap dan tutup api. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna hijau. Masukkan setiap warna kedalam bekas sedikit-sedikit berselang-seli warna hingga habis dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahan kuahnya:-
1 tin susu cair
1 tin air
1 cawan gula
1/2 tin nenas dalam tin
aisin vanila

Cara-caranya:-
Campurkan semua bahan diatas kecuali nenas dan masak sehingga gula hancur. Last sekali masukkan nenas dan tutup api. sejukkan dalam peti ais dan makan bersama puding di atas.

Ayam Masak Merah dan Sayur Air Sawi

Menu makan tengahari hari ni ayam masak merah, sayur air sawi dan ikan goreng. Sayur air sawi ni elok untuk siapa-siapa nak kuruskan badan sebab ianya direbus sahaja. Resepinya saya akan paparkan dibawah.

Menu tengahari

Ayam masak merah

Bahan-bahannya:-
  • 1/4 ekor ayam dipotong kecil2(digoreng kunyit)
  • 1 labu bawang besar  (dimesin halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimesin halus)
  • 5 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • garam
  • gula
  • minyak utk menumis
Cara-caranya:-
panaskan minyak selepas itu tumis bawang hingga wangi selepas itu masukkan cili dan biarkan cili masak. lepas tu masukkan sos,garam, gula, sedikit air dan biarkan mendidih masukkan ayam biarkan ia pekat dan bolehlah diangkat


Sayur Air Sawi

Bahan-bahannya:-
  • Sawi
  • 1 biji Bawang besar ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • sedikit bilis
  • Air secukupnya
Cara-caranya:-
Campur semua bahan-bahan diatas dan masaklah hingga sayur masak

Saturday 14 May 2011

Puding Caremel

Puding Caremel ni saya belajar dengan kawan saya  Nor masa duduk rumah sewa dulu-dulu...dia pandai masak. Puding ini juga menjadi kegemaran kawan-kawan saya di EPU dulu.Setiap kali jamuan mesti bawa puding ni atas sebab permintaan kawan2.

Bahan-bahan A:-
  • 10 biji telur ayam gred A(pusat telur dibuang utk elakkan hanyir)
  • 3/4 susu pekat manis
  • 1 tin air
  • 2 penutup aisin ros/vanila
Bahan-bahan B:-
1 cawan gula digoreng hingga perang dan masukkan 1 cawan air dan kacau hingga gula cair.

Cara-caranya:-
Campur semua bahan A dan kacau hingga rata dan ketepikan. Masukkan Bahan B ke dalam loyang lepas tu masukkan bahan A pula dan kukus 45 minit atau 1 jam. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais. Lepas tu terbalikkan dalam bekas dan sedia untuk dimakan.

Spaghetti dan Air Barli Bersirap Pandan

Malam ni saya masak spaghetti dan air barli bersirap pandan untuk dinner.saya gunakan sos spaghetti dalam tin jer mudah dan cepat dapat makan...kerana diriku kurang sihat malam ni so masak yg mudah2 jer lah. Bagi mengurangkan panas badan saya buat air barli bersirap pandan.



Bahan-bahannya:-
  • 200 gm spaghetti direbus hingga lembut
  • sebiji bawang besar dicincang halus
  • 1 tin sos spaghetti prego (perisa tomato)
  • cendawan butang (dipotong kecil2)
  • daging / ayam cincang
  • sedikit cili boh (bagi yang suka pedas)
  • garam
  • gula


Cara-caranya:-
Panaskan minyak tumis bawang hingga wangi kemudia masukkan cili boh. Selepas itu, masukkan daging, cendawan dan sos spaghetti. Masukkan  sedikit air dan masaklah hingga sos pekat.

Gula-gula

Hari ni 14 May 2011 pergi beli gula-gula dan bermulalah aktiviti membungkus gula-gula untuk diberikan kepada tetamu pada majlis perkahwinan adik perempuanku Asilah pada 3 Jun 2011.


Kek kurma Mudah

Kek kurma mudah ni sangat sedap dan lembut di makan..saya dapat resepi ni dari myresepi tetapi saya ada ubah sedikit mengikut citarasa saya. Tercetus idea nak buat kek ni sebab hari tu ada banyak lebihan buah kurma selepas puasa dalam peti ais daripada membazir lebih baik dibuat kek..Hari tu kek ni ada bagi dekat ziela merangkap jiran sebelah rumah untuk dia buat bekal balik kg...saya pun buat bekal balik kg juga...belum sempat sampai kg kek ni ziela msg dah habis tengah jalan dia makan..heheheh







Bahan-bahan:-
  • 11/2 cawan susu kotak/UHT
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan minyak sayuran/masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 40 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) 
 Cara-caranya:-
  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.
  4. NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.

Friday 13 May 2011

Jemput-Jemput Simple

Malam tadi tak tahu nak makan apa..teringat kat jemput2 dan cara membuatnya agak mudah dan cepat. Jemput2 ni rasanya ranggup di luar dan lembut di dalam sedap dimakan dengan sos keropok lekor atau pun dengan sos cili bersama mayonis..

Bahan-bahannya:-

Gandum 3 cawan
bilis/udang
bawang besar sebiji (dimayang bulat2)
kentang potong dadu (optional)
jagung(optional)
2 sudu gula
garam secukup rasa
1 sudu besar yis
secubit soda bicarbonat
air secukupnya

cara-caranya:-
campur semua bahan diatas dan kacau rata. selepas itu goreng sehingga kekuningan di dalam minyak yang panas dan banyak..