Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Friday, 20 December 2013

Cream Puff

Cream puff ni mmg sedap saya buat hari tu untuk mesyuarat dan kawan2 makan.
Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: zuliana.myresepi

Resepi cream puff ni dapat 28 biji

Bahan-bahannya:-
125gm self raising flour/tepung gandum dgn 2 sk baking powder
100gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur gred C


Cara-caranya:-
Masak butter, air, gula dimasak dengan air hingga mendidih. Tutup api masukkan tepung kacau hingga menjadi doh . Biarkan sejuk doh dan masukkan telur sebiji-sebiji dan kacau hingga telur sebati dengan doh.
Paipkan dgn nozzle bintang
* spray dengan air dahulu sblm bakar
* bakar pada suhu 220°c
Dah masak masukkan inti kesukaan

Inti:-
1 cawan air
1/2 cawan susu segar
1 cawan jagung dlm tin / durian
1/2 cawan  t.kastard
5 sudu besar gula


Saturday, 8 June 2013

kuih kaswi

Dah lama sy tk masuk blog dan up date masakan. hari ni saya ada buat kuih kaswi resepi asal chef hanieliza..sblm ni sy buat dlm loyang tapi kali ni buat dlm bekas kecil bentuk love..

sumber: chef hanieliza
dihasilkan: diaridapurmida.blogspot

Bahan Sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung1 tsp kapur kuih (optional)
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-cara:
Panaskan kukusan.Ratakan/ sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang] atau gunakan acuan-acuan kecil dan sapukan sedikit minyak masak.

Bancuh semua bahan dan tapis.
Tuang dalam loyang.Kukus sehingga masak dalam 30 minit..kalau guna acuan kecil dlm 15 minit.Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik atau buka dari acuan.

Kelapa muda digaul dengan garam. (kukus kelapa sekejap supaya tk cepat basi) pastu gaul dgn kaswi.

Tuesday, 12 March 2013

Cucur Badak


Saya mendapat tempahan kiuh cucur badak dari pejabat saya. Sebelum ini saya tidak pernah membuatnya. Saya tertarik dengan resepi dari quinine myresepi.  Walaupun pertama kali membuatnya ianya menjadi sedap dan lembut. 
Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )
  • 500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
  • 1 - 3/4 cawan tepung gandum (bergantung kepada kelembutan ubi yg direbus..kalau lembut sgt leh tambah tepung gandum tapi jgn byk sgt)
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • bahan2 untuk inti
  • 1/3 biji kelapa parut
  • 1 btg serai
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili kering
  • sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
  • sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
  • garam secukupnya
Cara-cara
1.   rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
2.   lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
3.   ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
4.   selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata.   bila kekuningan boleh lah diangkat.
5.   cara buat inti
6.   cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
7.   campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
8.   nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh. tapi kalau terlalu lembut boleh tambah tepung skit. masa nak bentuk kan bulat2 tu...boleh sapu minyak kat tgn utk elakkan doh tu melekat2 kat tapak tangan. Insyaallah nanti senang la nak bentukkan.

Sunday, 24 February 2013

Pau inti kelapa



Pau yang lembut dan agak gebu ini saya ambil resepinya dari blog Chef Hanieliza…saya letak inti kelapa warna pink hehehe…ok terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini…jom kita tgk resepinya di bawah


bahan.

500 gm tepung pau atau tepung gandum

1/2 s/k baking powder

1/2 s/k garam

1 s/b gula

2 s/k yeart mauripan

2 s/b shorterning

250 gm air suam

Cara

1. Gaul rata semua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.

3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]

4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.

5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.

6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].

7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.

8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.

9. Panaskan kukusan.

10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.









  




Saturday, 23 February 2013

Kuih Talam Seri Muka

Kuih Talam Seri Muka ini adalah antara makanan kegemaran saya. Sebelum ini saya hanya tahu membeli sahaja apabila teringin hendak makan kiuh ini kerana ingatkan membuatnya adalah susah tetapi bila membuatnya sendiri rupanya senang sahaja. Resepi ini saya perolehi dari blog Azie kitchen dan selepas itu saya telah jatuh cinta dengan blog ini yang sangat menarik dan semua resepinya sedap.

Kuih Talam Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 

 
Bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula castor
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat (saya guna 600 ml)
400 ml air (guna 200 ml)
10 helai daun pandan- diblender dengan air di atas.-tapis

Bahan B
4 biji telur
1/2 sk garam halus
1/4 sk pandan essence (jika suka)
Pewarna hijau- secukupnya

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja. 

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.

Monday, 11 February 2013

paung goreng inti sambal ikan

Kuih paung goreng ini merupakan kuih kegemaran saya. Apabila balik kampung dan pergi ke Pasar Kedai Payang mesti beli kuih ini…owh nikmatnya dapat makan kuih ni bila balik ke kampong. Di Pejabat my bos juga suka makan kuih ini dan dia pernah makan kuih ini semasa berada di Terengganu. Memandangkan saya orang Terengganu dia meminta saya membuatnya. Saya dapat resepi ini sini. Menggorengnya kena hati-hati sebab ia suka meletup.
PAUNG GORENG

Bahan

500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya

Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.