Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, 3 December 2012

Kuah Kacang


Kuah Kacang ini sangat sedap boleh dimakan bersama nasi impit atau satay. Saya perolehi resepi ini daripada blog Chef Hanieliza...terima kasih sebab kongsi resepi dan minta izin halalkan resepi ini. Saya telah mencuba beberapa kali memasak kuah kacang menggunakan resepi ini dan ia mendapat pujian kesedapannya daripada keluarga dan kawan2.

Sumber: hanieliza.blogspot.com

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
5 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:

1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan nasi impit.

Tuesday, 23 October 2012

Kelas Mee Kuning

Mesin buat mee

sebelum jadi mee

sebelum mee direbus

rupa mee selepas direbus
20 Oktober 2012- Kelas membuat mee kuning. Ini adalah kelas masakan terakhir untuk tahun ini di Masjid Putra. 10 November 2012 ini akan diadakan majlis penutup. Dah bermacam-macam jenis masakan yang telah diajar di sini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak masjid dan cikgu yang mengajar dari KEMAS kerana banyak ilmu dan kemahiran masakan saya pelajari di sini. Sudah 2 tahun saya ikuti kelas masakan di sini....harap tahun depan panjang umur dapat ikuti lagi kelas ini. Kalau ada masa terluang saya masukkan resepi dan gambar2 kelas masakan yang lalu di sini. Ok seterusnya saya kongsi resepi mee kuning.

Mee Kuning

Bahan-bahan:-
1kg tepung gandum
25gm garam
20 gm air abu/ 2 biji telur
360 ml air (tapisan/mineral)
minyak masak

Cara membuatnya:-
1. tepung diayak
2. campurkan air, air abu dan garam. Uli tepung dengan campuran air tersebut
3. uli tepung hingga sebati dan padat
4. potong doh dan gelek dengan menggunakan mesin
5. apabila doh sebati gelek hingga nipis 1.5mm-2mm
6. potong kepingan menggunakan mesin pemotong mi
7. rebus mi dalam air mendidih hingga terapung
8. mee yang telah masak dikirai dibawah kipas hingga sejuk
9. gaul mee dengan sedikit minyak supaya tidak melekat


Thursday, 21 June 2012

Pizza Roti

Tauhu Sumbat

Tauhu sumbat ni memang sedap sebelum ni saya pernah makan di rumah jiran saya semasa pertunangan anaknya.  saya cuba mencari resepinya di internet dan terjumpa di blog dayangjack...terima kasih kepada dayangjack kerana berkongsi resepi yang sedap ini.

Bahan-bahan :
  • 3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
  • 2-3 ekor udang basah/ayam/daging (direbus dan dicincang)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
  • 2 helai daun bawang/daun sup (dihiris)
  • 1 sdt lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • sedikit tepung gandum
Cara-cara :
  1. Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
  2. Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan tepung. Kemudian, sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
  3. Celupkan tauhu ke dlm telur dan golek2/salutkan dgn tepung. Kemudian goreng sehingga keperangan.
  4. Hidangkan bersama sos cili.

Wednesday, 1 February 2012

Bubur nasi bersama tempe dan bilis


Saya suka makan bubur nasi sebagai breakfast atau apabila badan tak sihat. Cara memasaknya sangat mudah.

Cara-cara masak bubur:-
1 Cup beras, stok ayam, halia, air secukupnya masak hingga hancur dan pekat

Sambal bilis bersama tempe:-
tempe dipotong nipis dan digoreng garing
bilis digoreng garing
bawang besar dan cili padi ditumbuk kasar

Cara-caranya:-
Bawang dan cili ditumis hingga wangi dan masukkan tempe, bilis dan garam atau kalau suka masukkan kicap. Setelah itu bolehlah dimakan dengan bubur nasi. Biasanya saya letakkan kicap atas bubur semasa hendak makan.

Laksa Penang/Kedah/Utara

Laksa adalah antara makanan kegemaran saya...tak kisah laksa apa pun asalkan laksa. Kali ni saya masak Laksa Utara. Lagi lama kuahnya dipanaskan lagi sedap.

Bahan-Bahan:-
Laksa
bawang besar mayang
cili padi potong kecil-kecil
telur rebus
limau kasturi
timun dipotong halus

Bahan-bahanya kuahnya (Anggaran makan untuk 4 orang):-
5 ekor ikan selayang (direbus bersama asam keping selepas itu isinya dikisar halus)
 1 kuntum bunga kantan-dimayang kasar
10 biji bawang kecil merah/2 biji bawang besar merah -dikisar halus
segenggam cili kering - dikisar halus
5 biji cili padi - dikisar halus
3 keping asam keping
sedikit belacan
daun kesom
garam
air rebusan ikan dan air tulang ikan

Cara-caranya:-
Campur semua bahan di atas dan masak hingga kuah pekat dan rasanya secukup rasa. Setelah itu boleh lah dituang ke atas laksa.





Monday, 26 December 2011

NASI DAGANG


Sempena cuti Krismas ni saya buat nasi dagang untuk kami bertiga adik-beradik makan. Dah lama tak masak nasi dagang ni. Untuk lauk gulai ikan tongkol / aya saya masak malam dan nasinya saya masak pagi. Sepanjang hari kami mkn nasi ni ( Breakfast dan lunch).


Bahan-bahan untuk nasi dagang:
4 cawan beras wangi (rendam 3 jam)
1 inci halia - mayang halus panjang
5 biji bawang kecil merah- mayang halus
2 sudu besar halba- rendam dalam air panas bagi kembang
santan pekat 2 cawan- masukkan garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya:-
Kukus beras hingga masak dan angkat dan masukkan 2 cawan air dan gaul rata. lepas itu kukus sekali lagi hingga naik wap atau beras nampak betul2 masak. Angkat dan masukkan ke dalam bekas dan gaul bersama santan, bawang, halba dan halia dan siap untuk dimakan

Lauk ikan Tongkol/Aya:-
Kukus ikan bersama garam, asam keping, lengkuas, kunyit,manisan...nanti sambung lagi resepi ni esok

Monday, 14 November 2011

Mee Goreng Daging

Malam ini saya dinner dengan mee goreng daging dan sangat sedap dimakan dengan keropok lekor dan keping.

Bahan-bahanya:-
6 Ulas Bawang Putih - tumbuk kasar
250 gm Daging Cincang
Sayur Sawi
500 gm Mee Kuning
Minyak utk menumis
4 sudu Cili Boh
4 sudu kicap manis
4 sudu kicap masin
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
sedikit air asam limau
serbuk lada hitam
stok ayam/daging
gula
garam

Cara-caranya:-
Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan daging setelah separuh masak daging masukkan cili boh. Masukkan sedikit air. Masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, sos cili serbuk lada hitam, stok ayam/daging, gula, garam, air asam limau. Biarkan mendidih sekejap dan daging telah masak. Masukkan mee dan sayur.

Ketupat Palas