Monday 31 March 2014

Agar-Agar Lapis Rainbow

Sumber: citarasawan
Dihasilkan: Diaridapurmida

Bahan-Bahan A
25 gm agar-agar serbuk
1500 ml air
250gm gula
daun pandan

Bahan-Bahan B
25 gm agar -agar serbuk
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 peket 50gm)
daun pandan

Pewarna ungu, biru, hijau, kuning

* Basahkan dahulu loyang supaya senang nak keluarkan

Cara-caranya:-

1. Masak bahan A hingga mendidih keluarkan daun pandan dan biarkan suam

2. Masak bahan B biarkan mendidih keluarkan daun pandan biarkan suam

3. Tuang 350 ml agar-agar santan dan tambah pewarna ungu dan tuang ke dalam loyang dan biarkan hampir beku

4. Tuang 350 ml agar -agar jernih , tambah pewarna ungun , tuang ke dalam loyang, biarkan hambir beku

5. Ulangi nombor 3 dan no .4 dan seterusnya hingga habis

* sentiasa panaskan agar-agar supaya sentiasa cair semasa nak menuang. Cakarkan permukaan agar2 yang beku sblm menuang yang cair supaya dapat melekat




Thursday 27 March 2014

Moist Red Velvet Cake

The Best, Easy and Moist Red Velvet Cake ni saya ambil dari blog aziejaya memang sedap sangat. Cream Cheese saya reka sendiri resepinya. Cream ni tak cair dan senang nak mendekonya.

Sumber: Azie Kitchen
Dihasilkan: diaridapurmida
 
Bahan bahan:
2 cawan all purpose flour
1 sk baking soda
1 sk baking powder
1 sk garam
2 sb unsweetened cocoa powder
2 cawan gula kaster
1 cawan vegetable oil
2 biji telur
1 cawan buttermilk
2 sk vanilla extract
1-2 oz. red food coloring (guna 2 sb)
1 sk white distilled vinegar
½ cawan plain hot coffee (jangan skip)

Bahan bahan:
Panaskan oven pada 170C.
Di dalam mangkuk satukan tepung, baking soda, baking powder, cocoa powder dan garam. Ketepikan. 
Di dalam mixing bowl, gaul sebati gula dan minyak. Kemudian masukkan telur, buttermilk, vanilla dan pewarna. Putar sehingga sebati. Tuangkan coffee dan white vinegar.
Akhir sekali, masukkan tepung ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan diputar sebati setiap kali memasukkannya.
Lenser minyak dan ayak tepung ke dalam 2 loyang. Tuangkan adunan sama banyak. Bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak. Jangan terlebih masak kerana ianya akan terus masak semasa menyejuk.
Sejukkan atas wire rack sebelum diletak frosting.
Nota:
Untuk cupcake, bakar selama 18-20 minit.


Cream Cheese Frosting
Bahan-bahan
250gm cream cheese
200 gm creamwell
50 gm butter
1 tsb esen vanila
1/2 cawan gula aising - ayak

*boleh tambah sedikit perasa lemon jika suka untuk kurangkan bau cheese

Monday 10 February 2014

Rainbow kek/kek pelangi

Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila

pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Friday 31 January 2014

KEK PISANG MOIST

Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: rozzan.blogspot.com

Kek pisang ni memang sedap dan sangat moist serta lembut. Dah masak saya hias dengan coklat ganache dan coklat rice warna warni. Jom kita tengok resepinya dibawah:-

Bahan-bahan:-
250 gm mentega
2 cawan gula ( 1 1/2 cawan sy guna * utk yg tk suka manis)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh vanila
4 sudu besar susu cair
3 cawan pisang dilecek (pisang raja/mas)
2 cawan tepung gandum (diayak bersama soda & baking powder)
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
50gm kacang walnut/makadenia/pecan/hazelnut (optional)

Cara-caranya:-
1. Mentega & gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji - sebiji
3. Masukkan susu & garam
4. Masukkan pisang lecek
5. Masukkan tepung & gaul sebati
6. Bakar pada suhu 160°c atau 180°c selama 40 - 50 minit atau sehingga masak.