Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

Kerabu Tomato

Bahan-Bahan:-
Tomato - dipotong bulat-bulat
1/2 labu Bawang Besar Merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar udang kering 
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:-
bawang, cili dan udang ditumbuk kasar lepas tu campur air limau, garam, gula. Selepas itu, gaul dengan tomato.

Saturday, 7 January 2012

Sayur Bendi Bercili

Sayur ini sangat simple tetapi sedap. Saya pelajari dari buku resepi Rasa. Dalam buku resepi menggunakan cili merah  sahaja tetapi saya tambah cili padi kerana saya suka pedas. Dalam buku tu hanya guna udang kering sahaja tetapi saya ubah guna udang lain. Walaupun ada sedikit perubahan tetapi rasanya tetap sedap.

Bahan-Bahan:-
Bendi- direbus
1/2 labu Bawang Besar Merah
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 biji air limau kasturi
1 sudu besar udang kering atau geragau/baring
1 sudu besar gula
sedikit garam

Cara-caranya:-
bawang, cili dan udang ditumbuk kasar lepas tu campur air limau, garam, gula. Selepas itu, tuang di atas bendi yang telah direbus.

Friday, 18 November 2011

Goreng Terung


Tuesday, 18 October 2011

Cara-Cara Membuat Tempe

Cara-caranya:-
  1. 1 Kg Kacang Soya-direndam selama 2 malam (kalau airnya berbuih gantikan dengan air lain)
  2. Toskan dan buang kulitnya
  3. Rebus 30 minit
  4. Anginkan atas kain hingga kering-setelah itu diragi (1 sudu besar ragi)
  5. Dibungkus dalam daun pisang dan simpan ditempat gelap dan dibungkus dalam kain
  6. Hari kedua dah jadi tempe

Nota:- kacang soya tak boleh kena minyak atau garam
         - Cara membuat ragi- ambil tempe yang dah nak busuk berwarna agak hitam dipotong kecil-kecil dan   dijemur hingga kering. Lepas itu dikisar hingga halus

Sunday, 7 August 2011

Kacang botol goreng belacan

Bahan-bahan:-
10 biji kacang botol - potong serong2
1 biji bawang besar- mayang bulat2
3 ulas bawang putih-diketuk
minyak utk menumis
sedikit belacan
2 sudu cili boh
garam
gula
air asam jawa/limau

Cara-caranya:-
Tumis bawang hingga wangi masukkan cili boh. Masukkan sedikit air, garam gula, asam jawa belacan, kocong botol. Goreng hingga sebati.

Saturday, 6 August 2011

Sayur kacang

Bahan-bahannya:-
kacang panjang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
bilis
minyak utk menumis
garam
perasa knorr

Cara-caranya:-
tumis bawang, bili, pastu masukkan kacang, garam dan perasa.