Tuesday 23 October 2012

Kelas Mee Kuning

Mesin buat mee

sebelum jadi mee

sebelum mee direbus

rupa mee selepas direbus
20 Oktober 2012- Kelas membuat mee kuning. Ini adalah kelas masakan terakhir untuk tahun ini di Masjid Putra. 10 November 2012 ini akan diadakan majlis penutup. Dah bermacam-macam jenis masakan yang telah diajar di sini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak masjid dan cikgu yang mengajar dari KEMAS kerana banyak ilmu dan kemahiran masakan saya pelajari di sini. Sudah 2 tahun saya ikuti kelas masakan di sini....harap tahun depan panjang umur dapat ikuti lagi kelas ini. Kalau ada masa terluang saya masukkan resepi dan gambar2 kelas masakan yang lalu di sini. Ok seterusnya saya kongsi resepi mee kuning.

Mee Kuning

Bahan-bahan:-
1kg tepung gandum
25gm garam
20 gm air abu/ 2 biji telur
360 ml air (tapisan/mineral)
minyak masak

Cara membuatnya:-
1. tepung diayak
2. campurkan air, air abu dan garam. Uli tepung dengan campuran air tersebut
3. uli tepung hingga sebati dan padat
4. potong doh dan gelek dengan menggunakan mesin
5. apabila doh sebati gelek hingga nipis 1.5mm-2mm
6. potong kepingan menggunakan mesin pemotong mi
7. rebus mi dalam air mendidih hingga terapung
8. mee yang telah masak dikirai dibawah kipas hingga sejuk
9. gaul mee dengan sedikit minyak supaya tidak melekat


2 comments:

  1. Masih ada lg x kelas skrg ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry kasmawati sy tk perasan. .kelas tahun 2013 dah habis. Awal tahun 2014 pulak kelas ada. Macam2 kelas ada selain kelas sains rumahtangga kelas agama dan pengajian al quran pun ada..cubalah pergi masjid daftar kelas yg ada

      Delete