Saturday 7 January 2012

Gulai Berempah Daun Kesum Ikan Keli

Resepi ni saya pelajari daripada mak saya. Kalau makan masakan ni saya akan teringat dekat mak di kampung. Setakat ni saya tk jumpa lagi masakan ni di tempat lain. Dulu kalau mak masak ni kami adik beradik akan makan bertambah2 dan berebut2.

Bahan-bahannya:-
2 ekor ikan keli
1 labu besar bawang besar merah-dikisar halus
3 ulas bawang putih-dikisar  halus
1 inci halia - dikisar halus
3 sudu cili boh
2 sudu besar rempah gulai terengganu
2 sudu kerisik
daun kesom
sedikit manisan
garam
asam keping
Rempah kasar 4 sekawan
minyak untuk menumis

Cara-caranya:-
Panaskan minyak masukkan rempah kasar, cili boh lepas tu masukkan bahan kisar dan rempah gulai. Setelah rempah masak masukkan ikan,kerisik, asam keping, garam dan gula melaka. Apabila ikan masak angkat dahulu dalam bekas lain. Masukkan santan dan masak hingga santan pekat dan masak hingga pecah minyak. Lepas tu masukkan ikan tadi, daun kesom dan biarkan mendidih sekejap dan boleh dimakan dengan nasi.

No comments:

Post a Comment