Saturday 14 May 2011

Kek kurma Mudah

Kek kurma mudah ni sangat sedap dan lembut di makan..saya dapat resepi ni dari myresepi tetapi saya ada ubah sedikit mengikut citarasa saya. Tercetus idea nak buat kek ni sebab hari tu ada banyak lebihan buah kurma selepas puasa dalam peti ais daripada membazir lebih baik dibuat kek..Hari tu kek ni ada bagi dekat ziela merangkap jiran sebelah rumah untuk dia buat bekal balik kg...saya pun buat bekal balik kg juga...belum sempat sampai kg kek ni ziela msg dah habis tengah jalan dia makan..heheheh







Bahan-bahan:-
  • 11/2 cawan susu kotak/UHT
  • 1/2 cawan gula 
  • 1 cawan minyak sayuran/masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 40 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) 
 Cara-caranya:-
  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.
  4. NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.

No comments:

Post a Comment