Sunday 15 May 2011

Ayam Masak Merah dan Sayur Air Sawi

Menu makan tengahari hari ni ayam masak merah, sayur air sawi dan ikan goreng. Sayur air sawi ni elok untuk siapa-siapa nak kuruskan badan sebab ianya direbus sahaja. Resepinya saya akan paparkan dibawah.

Menu tengahari

Ayam masak merah

Bahan-bahannya:-
  • 1/4 ekor ayam dipotong kecil2(digoreng kunyit)
  • 1 labu bawang besar  (dimesin halus)
  • 3 ulas bawang putih (dimesin halus)
  • 5 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • garam
  • gula
  • minyak utk menumis
Cara-caranya:-
panaskan minyak selepas itu tumis bawang hingga wangi selepas itu masukkan cili dan biarkan cili masak. lepas tu masukkan sos,garam, gula, sedikit air dan biarkan mendidih masukkan ayam biarkan ia pekat dan bolehlah diangkat


Sayur Air Sawi

Bahan-bahannya:-
  • Sawi
  • 1 biji Bawang besar ditumbuk kasar
  • 4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus
  • sedikit bilis
  • Air secukupnya
Cara-caranya:-
Campur semua bahan-bahan diatas dan masaklah hingga sayur masak

No comments:

Post a Comment