Friday 13 May 2011

Jemput-Jemput Simple

Malam tadi tak tahu nak makan apa..teringat kat jemput2 dan cara membuatnya agak mudah dan cepat. Jemput2 ni rasanya ranggup di luar dan lembut di dalam sedap dimakan dengan sos keropok lekor atau pun dengan sos cili bersama mayonis..

Bahan-bahannya:-

Gandum 3 cawan
bilis/udang
bawang besar sebiji (dimayang bulat2)
kentang potong dadu (optional)
jagung(optional)
2 sudu gula
garam secukup rasa
1 sudu besar yis
secubit soda bicarbonat
air secukupnya

cara-caranya:-
campur semua bahan diatas dan kacau rata. selepas itu goreng sehingga kekuningan di dalam minyak yang panas dan banyak..

No comments:

Post a Comment