Monday 11 February 2013

paung goreng inti sambal ikan

Kuih paung goreng ini merupakan kuih kegemaran saya. Apabila balik kampung dan pergi ke Pasar Kedai Payang mesti beli kuih ini…owh nikmatnya dapat makan kuih ni bila balik ke kampong. Di Pejabat my bos juga suka makan kuih ini dan dia pernah makan kuih ini semasa berada di Terengganu. Memandangkan saya orang Terengganu dia meminta saya membuatnya. Saya dapat resepi ini sini. Menggorengnya kena hati-hati sebab ia suka meletup.
PAUNG GORENG

Bahan

500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya

Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

No comments:

Post a Comment