Sunday 24 February 2013

Pau inti kelapa



Pau yang lembut dan agak gebu ini saya ambil resepinya dari blog Chef Hanieliza…saya letak inti kelapa warna pink hehehe…ok terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini…jom kita tgk resepinya di bawah


bahan.

500 gm tepung pau atau tepung gandum

1/2 s/k baking powder

1/2 s/k garam

1 s/b gula

2 s/k yeart mauripan

2 s/b shorterning

250 gm air suam

Cara

1. Gaul rata semua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.

3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]

4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.

5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.

6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].

7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.

8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.

9. Panaskan kukusan.

10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.









  




No comments:

Post a Comment