Saturday 23 February 2013

Kuih Talam Seri Muka

Kuih Talam Seri Muka ini adalah antara makanan kegemaran saya. Sebelum ini saya hanya tahu membeli sahaja apabila teringin hendak makan kiuh ini kerana ingatkan membuatnya adalah susah tetapi bila membuatnya sendiri rupanya senang sahaja. Resepi ini saya perolehi dari blog Azie kitchen dan selepas itu saya telah jatuh cinta dengan blog ini yang sangat menarik dan semua resepinya sedap.

Kuih Talam Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 

 
Bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula castor
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat (saya guna 600 ml)
400 ml air (guna 200 ml)
10 helai daun pandan- diblender dengan air di atas.-tapis

Bahan B
4 biji telur
1/2 sk garam halus
1/4 sk pandan essence (jika suka)
Pewarna hijau- secukupnya

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja. 

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.

No comments:

Post a Comment