Saturday 6 August 2011

Ketupat Sotong Terengganu

Bahan-bahannya:
10 ekor sotong sederhana besar
beras pulut direndam semalaman
2 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
5 biji bawang merah kecil-mayang halus
1 inci halia-potong kecil
1 sudu halba direndam dengan air panas
garam secukupnya
1 sudu gula
lidi

Cara-caranya:-
Sumbat sotong dengan pulut dan kepala sotong. lepas itu, semat dengan lidi supaya beras tak terkeluar. Masak sotong dengan santan cair hingga sotong  masak. Selepas itu, masukkan santan pekat, bawang, halba, halia, garam dan gula. Masak lagi hingga mendidih dan padamkan api. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment