Friday 20 December 2013

Super Moist Vanila Cup Kek

Vanila cup kek ni memang terbaik dan sedap. Ia lembut, moist, ringan bagi saya rasa dan struktur cup kek ni mmg terbaik. Saya hasilkan cup kek ini sempena birthday saya.

Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: emiliaputeri.blogspot.com
Resepi asal: aziejaya.blogspot.com

bahan-bahan:-
3/4 cawan butter / 170gm - suhu bilik
3 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 s.k garam
1 3/4 cawan gula kastor (kurangkan sedikit)
3 s.k vanila
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder

cara-caranya:
1. Putar butter dgn kelajuan tinggi selama 30 saat
2. masukkan gula & putar sebati
3. Masukkan telur satu persatu & esen vanila sambil terus putar.
4. Masukkan tepung selang seli dengan susu dgn kelajuan perlahan hingga sebati
5. Masukkan dlm cawan cup kek 2/3 penuh dan bakar 15 minit - 18 minit sehingga kekuningan/ masak pada suhu 170○c

cream icing
1kg kreamwell
1/2 kg gula icing
esen vanila

cara-caranya:-
Pukul creamwell hingga kembang. Pastu masukkan gula icing dan pukul hingga sebati dan kembang.
lepas tu, boleh lah adun bersama-sama dengan warna kesukaan (oil base) dan boleh lah di deco

No comments:

Post a Comment