Tuesday 24 December 2013

Puding Triffle

Puding ni ada 4 layer dan memang sedap dengan gabungan kek, kastard, buah-buahan campuran dan jelly. Dah beberapa kali saya buat puding ni bila ada majlis. Kali ni sy buat kerana repeat order dari Pn. Fiza sebanyak 100 bekas.

Dihasilkan: diaridapurmida

Bahan-bahan:-

Bahan A
Kek gulung secukupnya

Bahan B
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1 tin susu cair
5 cawan air kosong

 1 sudu kecil asen vanila

- campur semua bhn B dan masak dengan api perlahan hingga pekat dan berkilat.
- jangan masak lama sgt untuk dapatkan tekstur yg lembik

Bahan C
Buah-buahan campuran dalam tin

Bahan D
Masak serbuk agar-agar jelly perisa strawberry secukupnya

Cara-caranya:-
Mula-mula lapis bahan A, lepas tu letak air buahan campuran supaya kek lembab, lepas tu letak B, C dan akhir sekali bahan D

No comments:

Post a Comment