Sunday 22 December 2013

Nasi Minyak

Nasi minyak ni saya makan dengan gulai ayam terengganu dan acar timun.
Dihasilkan: diaridapurmida

BAHAN-BAHAN:
5 cawan beras
3 sb marjerin
2 sb minyak sapi
3 sudu besar minyak 
1 biji bawang besar dimayang
4 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia diketuk
Rempah kasar: 1 batang kulit kayu manis, 3 bunga lawang, 4 biji buah palaga, 4 biji cengkih
daun pandan
1/2 cawan susu cair
2 sudu tomato puri/ sos tomato
Air 6 cawan
1 kiub stok ayam
Sedikit pewarna kuning.

Cara-caranya:-
Tumis rempah kasar dgn minyak, marjerin, minyak sapi, bawang dan halia hingga wangi. Masukkan air, susu, kiub stok ayam, sos tomato, daun pandan apabila dah mendidih masukkan beras tutup dan masak hingga nasi kering. Pastu masukkan sedikit pewarna kuning dan gemburkan nasi selepas itu tutup balik dan biarkan nasi tu masak.

No comments:

Post a Comment