Monday 31 March 2014

Agar-Agar Lapis Rainbow

Sumber: citarasawan
Dihasilkan: Diaridapurmida

Bahan-Bahan A
25 gm agar-agar serbuk
1500 ml air
250gm gula
daun pandan

Bahan-Bahan B
25 gm agar -agar serbuk
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 peket 50gm)
daun pandan

Pewarna ungu, biru, hijau, kuning

* Basahkan dahulu loyang supaya senang nak keluarkan

Cara-caranya:-

1. Masak bahan A hingga mendidih keluarkan daun pandan dan biarkan suam

2. Masak bahan B biarkan mendidih keluarkan daun pandan biarkan suam

3. Tuang 350 ml agar-agar santan dan tambah pewarna ungu dan tuang ke dalam loyang dan biarkan hampir beku

4. Tuang 350 ml agar -agar jernih , tambah pewarna ungun , tuang ke dalam loyang, biarkan hambir beku

5. Ulangi nombor 3 dan no .4 dan seterusnya hingga habis

* sentiasa panaskan agar-agar supaya sentiasa cair semasa nak menuang. Cakarkan permukaan agar2 yang beku sblm menuang yang cair supaya dapat melekat




No comments:

Post a Comment