Friday 14 June 2013

Taufu fa

Taufu fa merupakan pemanis mulut yang lembut.  ia dimakan bersama dengan gula merah atau putih. Ia sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. sesetengah orang suka makan dalam keadaan sejuk. Oleh itu, boleh lah disimpan dalam peti sejuk.

Sumber:
Dihasilkan: diaridapurmida.blogspot. com

Bahan-bahannya:
150 gm kacang soya
1 liter air (saya kurangkan 100ml - utk hasil yg keras sedikit)
1/2 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*
2-3 helai daun pandan

Cara-caranya:
1.kacang soya rendam 4-5 jam. Jgn rendam lebih dari 6 jam untuk elak dari berair.
2. selepas rendam ramas seketika kacang soya untuk asingkan kulit.
3. Basuh dan blend dgn 1 liter air. Tapis guna penapis kain.
4. Masak air soya bersama daun pandan hingga mendidih.
5. Sementara menunggu air soya mendidih satukan bahan-bahan bertanda *
6. Bila soya mendidih cepat-cepat tuangkan ke dalam bekas kedap udara. sebelum tu masukkan bahan bertanda* dahulu. Tuang secara tarik meninggi.
7. Biarkan 1 jam. Bila keras makan dengan air gula

Gula Merah
2 cawan gula merah
1 cawan gula
3 cawan air

◆ satukan semua bahan diatas masak hingga gula larut.

Gula Putih
2 cawan gula
3 cawan air

No comments:

Post a Comment