Friday, 20 December 2013

Nasi Kerabu


Nasi kerabu ni adalah mkn sebelah pantai timur. Nasi ini adalah antara mkn kegemaran saya. Baru- baru ini birthday saya, menu nasi kerabu yg sedap ni antara salah satu menu yg saya jamu untuk kawan- kawan di pejabat. Resepi ni sy perolehi daripada blog aziejaya. Memang sedap resepi ni ..tq kak azie yg sudi kongsi resepi ni.


Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: aziejaya.blogspot.com

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah santan

Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula 
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Cara-caranya:-
  • Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak. 
  •  Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal kelapa:-

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng

4 bawang merah

2 batang serai

Garam

Gula

Cara-caranya:-
Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng. 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam - ulaman:-
 Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili:-
Cili padi
Cuka
Garam
Gula 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis. 

Telur masin 

Ikan rebus goreng celup tepung

Daging bakar

Daging goreng atau ayam goreng

Keropok atau keropok lekor

Solok lada

Bawang putih jeruk

Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang:-
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.



No comments:

Post a Comment