![]() |
Kuih paung
goreng ini merupakan kuih kegemaran saya. Apabila balik kampung dan pergi ke
Pasar Kedai Payang mesti beli kuih ini…owh nikmatnya dapat makan kuih ni bila
balik ke kampong. Di Pejabat my bos juga suka makan kuih ini dan dia pernah
makan kuih ini semasa berada di Terengganu. Memandangkan saya orang Terengganu
dia meminta saya membuatnya. Saya dapat resepi ini sini. Menggorengnya kena
hati-hati sebab ia suka meletup.
PAUNG
GORENG
Bahan
500 gm tepung pulut
½ cawan tepung gandum
400 ml air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng terendam
Bahan Inti
5 ekor ikan selayang
5 ulas bawang merah [hiriskan]
1 cawan santan
3 cm halia [hiris]
1 s/k halba
1 s/k gula
garam secukupnya
Cara membuat:
1. Ikan direbuskan dan sejukkan.
2. Ambil isi ikan dan hancurkan.
3. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masakkan sehingga agak kering. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
4. Gaulkan tepung pulut dan tepung gandum bersama air.
5. Ambil sedikit dan bulatkan. Masukkan inti ikan dan bulatkan semula.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dengan api paling perlahan.
7. Bila nampak keperangan angkat dan toskan minyak.

No comments:
Post a Comment