![]() |
Kuih Talam Seri Muka ini adalah antara makanan kegemaran saya.
Sebelum ini saya hanya tahu membeli sahaja apabila teringin hendak makan kiuh
ini kerana ingatkan membuatnya adalah susah tetapi bila membuatnya sendiri
rupanya senang sahaja. Resepi ini saya perolehi dari blog Azie kitchen dan
selepas itu saya telah jatuh cinta dengan blog ini yang sangat menarik dan
semua resepinya sedap.
Kuih Talam Seri Muka
Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika
guna santan kotak)
Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4
jam. Basuh bersih dan toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas
selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang
yang sama. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang
10x10x2".
Bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula castor
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat (saya guna 600
ml)
400 ml air (guna 200 ml)
10 helai daun pandan- diblender
dengan air di atas.-tapis
Bahan B
4 biji telur
1/2 sk garam halus
1/4 sk pandan essence (jika suka)
Pewarna hijau- secukupnya
Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan
bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam
periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja.
Tuang ke atas lapisan bawah dan
kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar
sejuk.
No comments:
Post a Comment