![]() |
Saya mendapat tempahan mee goreng ayam dari Pejabat jadi
saya mahu menyediakan mee goreng itu bersama dengan ayam goreng berempah..saya
cari di google dan tertarik dengan resepi Ayam Goreng Berempah Cara Mudah dari HaSue@myresepi.com.
Apa yang menarik dengan resepi ini ialah rasanya sedap, isi ayam tidak kering
dan warna ayam menarik apabila masak...terima kasih kepada penyumpang resepi
Bahan-bahan
( 1 keluarga kecil )
- 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
- 1 cm halia*
- 4 ulas bawang merah-potong dadu*
- 4 ulas bawang putih-potong 2*
- 3 batang serai-potong bulat*
- 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
- Kunyit hidup/serbuk kunyit
- 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
- Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara-cara
1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan
kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung
batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan
lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar..
2.Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos
cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu)
3. Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti
sejuk..
4.Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama
diperap,semakinnn enak!
5. NOTE:Sayap ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk
mengelakkan isi ayam yg kering.. SELAMAT MENCUBA ^_^
No comments:
Post a Comment