Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
- 3 cawan tepung gandum
- 2 1/2 camb minyak masak
- 1 camt garam
- sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
- 1 biji telur
- 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
- beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)
- Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
- Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
- Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.
No comments:
Post a Comment