Monday, 3 December 2012

KUIH GULUNG / KETAYAP



Memandangkan ada inti kelapa di rumah..jadi saya buat kuih gulung atau ketayap. Jika di Terengganu kami panggil kuih gulung. Masa zaman sekolah dulu2 mak selalu juga buat kuih ni..semua adik beradik suka makan kuih ni...yang paling suka kuih ni saya adik bongsu saya. Seronok tengok dia makan banyak kuih ini masa kanak2 dulu (ada rasa bahagia bila tengok kanak2 makan)..kalau hantar pergi sekolah dan singgah gerai jual makanan pagi kuih gulung juga menjadi pilihan dia...sekarang sudah besar dah masuk universiti...entah masih suka lagi atau tak kuih ni yer...Resepi kuih gulung ini saya ambil dari fotopages chef hanieliza tapi saya ubah2 sikit lah.

Bahan Kulit 
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
sedikit asin pandan
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur 

1 sudu minyak masak
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air
½ biji kelapa parut muda 

daun pandan

Cara:

1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam blender dan mesin hingga sebati
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment