Monday, 16 May 2011

Daging Masak Black Paper

Lunch tadi masak daging black paper. Masak kali ni tak letak daun bawang dan daun saderi sebab tak der dalam peti ais. Jadi saya masak jer lah guna bahan yg sedia ada saja.

Bahan-bahannya:-
  • Daging direbus hingga empuk
  • 1 labu bawang besar (dimesin)
  • 3 ulas bawang putih (dimesin)
  • sedikit halia (dimesin)
  • lada hitam ditumbuk/kisar halus
  • kicap 
  • sos tiram
  • Daun saderi
  • Daun bawang

Cara-caranya:-
 Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan kicap, lada hitam, daging dan air rebusan daging dan masak hingga pekat. Semasa hampir pekat masukkan sos tiram, daun saderi, garam. Dah masak tabur daun bawang.

No comments:

Post a Comment