Lepas balik dari belajar membuat mee kuning badan kurang sihat...maybe saya memang tak boleh makan mee kuning. Kalau ikutkan sebelum ini kalau makan keow teow atau mee kuning mesti sakit perut 3 hari tapi kali ni sakit kepala 2 hari dan badan panas macam nak demam. Orang cakap agar2 boleh sejukkan badan so saya buat agar2 ni esokknya. Bila masak agar2 ni teringat pulak kat mak di kampung dia suka makan agar2 ni..ok yer kita tengok resepinya:-
Bahan-bahan:-
1/2 peket agar2
3 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur (dipukul)
pewarna hijau
esen pandan
6 sudu besar gula
Cara-caranya:-
masak agar2 dengan air hingga hancur dan selepas itu masukkan pewarna, esen pandan, gula,santan, telur. lepas itu sejukkan dalam loyang yang sesuai dan simpan dalam peti ais. Lepas itu boleh ler menjamu selera.
Tuesday, 23 October 2012
Kelas Mee Kuning
Mesin buat mee |
sebelum jadi mee |
sebelum mee direbus |
rupa mee selepas direbus |
Mee Kuning
Bahan-bahan:-
1kg tepung gandum
25gm garam
20 gm air abu/ 2 biji telur
360 ml air (tapisan/mineral)
minyak masak
Cara membuatnya:-
1. tepung diayak
2. campurkan air, air abu dan garam. Uli tepung dengan campuran air tersebut
3. uli tepung hingga sebati dan padat
4. potong doh dan gelek dengan menggunakan mesin
5. apabila doh sebati gelek hingga nipis 1.5mm-2mm
6. potong kepingan menggunakan mesin pemotong mi
7. rebus mi dalam air mendidih hingga terapung
8. mee yang telah masak dikirai dibawah kipas hingga sejuk
9. gaul mee dengan sedikit minyak supaya tidak melekat
Ikan Steam Asam Boi
Baru-baru ini saya teringin nak makan ikan steam..kebetulan ada ikan ni dalam peti ais (tak tahu nama ikan apa ni..hehehhe). Balik dari kerja terus masak ikan ni. Ok saya letakkan resepi main campak2 jer:-
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ikan
1 labu bawang besar merah dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 biji cili potong kasar
3 helai daun limau purut
3 sudu sos tiram
1 sudu stok ayam
2 biji asam boi
sedikit garam
cendawan
brokoli
1 cawan air kalau direbus (kalau kukus tak payah tambah air)
Cara-caranya:-
campur semua bahan bersama ikan dan kukus atau rebus. Dah hampir masak masukkan brokoli
Bahan-bahan:-
1/2 ekor ikan
1 labu bawang besar merah dipotong bulat
3 ulas bawang putih dihiris nipis
5 biji cili potong kasar
3 helai daun limau purut
3 sudu sos tiram
1 sudu stok ayam
2 biji asam boi
sedikit garam
cendawan
brokoli
1 cawan air kalau direbus (kalau kukus tak payah tambah air)
Cara-caranya:-
campur semua bahan bersama ikan dan kukus atau rebus. Dah hampir masak masukkan brokoli
Biskut Popia Nestum
Hari Raya Aidilfitri tahun ini saya tak buat biskut raya pun sebab kurang gemar makan biskut raya. Tahun ini dapat 3 jenis biskut sumbangan daripada pejabat. Semua biskut ini saya bawa balik kampung. Selepas hari raya saya terpaksa buat pulak biskut disebabkan permintaan daripada adik yang tak dapat beraya di Malaysia...sudah tiga tahun beraya di Perantauan. Saya buat biskut Dahlia, Popia Nestum, Tart Nenas Gulung dan 5 jenis lagi sumbangan daripada adik perempuan saya untuk dihantar ke sana.Disini saya letakkan resepi Biskut Popia Nestum saja kerana biskut lain pernah saya letakkan di blog ini:-
Bahan-bahan:
1 bungkus besar popia
Lidi satay utk menggulung
Telur/bancuhan gandum dengan air sebagai bahan pelekat
Minyak masak untuk menggoreng
1/2 cawan horlicks
1/2 cawan gula - kisar halus
1 cawan nestum - kisar halus
Cara penyediaan:
1. Gulung kulit popia gunakan lidi satay dan hujungnya lekatkan dgn telur. Buat hingga habis.
2. Potong kulit popia yang telah digulung secara serong dengan gunting/pisau jarak 1-2cm.
3. Goreng potongan kulit popia dengan api kecil hingga garing. Angkat dan toskan minyak pada kertas tisu.
4. Setelah popia goreng sejuk pada suhu bilik, gaul dgn horlicks, gula dan nestum kisar. Simpan dalam bekas kedap udara.
Kek Coklat
Memandangkan bahan-bahan untuk membuat kek coklat ada di dapur....saya ambil keputusan buat kek coklat dan bawa ke pejabat esoknya. Saya sorang2 mana dapat habis makan semua ni. Kalau saya makan semua bertambahlah chubby saya ni....hmmm bila nak kurus ni...hehehe.
Resepi kek ini saya ambil dari myresepi kek coklat moist (kak izan)...terima kasih kepada penyumbang resepi. Jom kita tengok resepinya:-
Resepi kek ini saya ambil dari myresepi kek coklat moist (kak izan)...terima kasih kepada penyumbang resepi. Jom kita tengok resepinya:-
Bahan-bahan ( 21 x 21 cm )
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu kecil baking powder
- 2 cawan gula halus
- 4 biji telur gred A
- 250 gm buttercup
- 2 sudu kecil esen vanilla
- *1 cawan serbuk koko
- *1/2 cawan gula halus
- *1 cawan air panas
- *1/2 cawan susu cair
Cara-cara
- Masukan bahan yang bertanda * serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan *susu cair kacau rata dan ketepikan.
- Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata,
- Masukan dalam loyang 9 x 9 dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah api atas bawah.
- Sejukan kek dan dibahagi 3 atau biarkan begitu saja.
- Untuk moistnya satukan 100 gm coklat masak, 1 sudu besar susu pekat manis dan 3 sudu besar air panas dan cairkan secara double boiler hingga pekat dan curahkan diatas kek dan hiaskan ikut suka.Selamat
Kek Kurma
Subscribe to:
Posts (Atom)