Monday, 31 March 2014
Agar-Agar Lapis Rainbow
Dihasilkan: Diaridapurmida
Bahan-Bahan A
25 gm agar-agar serbuk
1500 ml air
250gm gula
daun pandan
Bahan-Bahan B
25 gm agar -agar serbuk
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 peket 50gm)
daun pandan
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning
* Basahkan dahulu loyang supaya senang nak keluarkan
Cara-caranya:-
1. Masak bahan A hingga mendidih keluarkan daun pandan dan biarkan suam
2. Masak bahan B biarkan mendidih keluarkan daun pandan biarkan suam
3. Tuang 350 ml agar-agar santan dan tambah pewarna ungu dan tuang ke dalam loyang dan biarkan hampir beku
4. Tuang 350 ml agar -agar jernih , tambah pewarna ungun , tuang ke dalam loyang, biarkan hambir beku
5. Ulangi nombor 3 dan no .4 dan seterusnya hingga habis
* sentiasa panaskan agar-agar supaya sentiasa cair semasa nak menuang. Cakarkan permukaan agar2 yang beku sblm menuang yang cair supaya dapat melekat
Thursday, 27 March 2014
Moist Red Velvet Cake
200 gm creamwell
50 gm butter
1 tsb esen vanila
1/2 cawan gula aising - ayak
Monday, 10 February 2014
Rainbow kek/kek pelangi
Rainbow Cake/Kek Pelangi
Sumber:Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria
Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)
Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.
Friday, 31 January 2014
KEK PISANG MOIST
Dihasilkan: diaridapurmida
Sumber: rozzan.blogspot.com
Kek pisang ni memang sedap dan sangat moist serta lembut. Dah masak saya hias dengan coklat ganache dan coklat rice warna warni. Jom kita tengok resepinya dibawah:-
Bahan-bahan:-
250 gm mentega
2 cawan gula ( 1 1/2 cawan sy guna * utk yg tk suka manis)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh vanila
4 sudu besar susu cair
3 cawan pisang dilecek (pisang raja/mas)
2 cawan tepung gandum (diayak bersama soda & baking powder)
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
50gm kacang walnut/makadenia/pecan/hazelnut (optional)
Cara-caranya:-
1. Mentega & gula dipukul hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji - sebiji
3. Masukkan susu & garam
4. Masukkan pisang lecek
5. Masukkan tepung & gaul sebati
6. Bakar pada suhu 160°c atau 180°c selama 40 - 50 minit atau sehingga masak.