Saturday 20 July 2013

Kuih Nekbat

Kuih ni asal dari pantai timur. Kawan saya balik Terengganu baru- baru ini dan telah beri saya nekbat. Ia seperti bauhulu tetapi tawar. Ia akan jadi manis setelah dimasak dengan air gula.

Bahan-bahan:-
3 biji nekbat
3 sudu besar gula
2 cawan air
Sedikit daun pandan

Cara-caranya:-
Masukkan air, gula, daun pandan biarkan mendidih dan masukkan nekbat. Masak hingga kembang dan air hampir kering.

Singgang Pedas Ikan Merah

Saya petang ni teringin makan singgang pedas. Kebetulan ada ikan merah jadinya singgang pedas ikan merah. Resepi ni dari Terengganu tapi saya ubah sikit -sikit ikut bahan yang ada di dapur. Biasa orang letak daun kesom tapi saya tak letak sebab tak ada.

Bahan-bahan:-
1/4 ekor ikan merah
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
1 keping asam keping
2 batang serai
1 biji cili merah*
3 biji cili padi*
4 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Nenas
Bendi
Cili padi
Buah tomato

Cara-caranya:-
-Bahan bertanda* dikisar
-Masukkan 2 cawan air dan bahan kisar. Biarkan mendidih.  Masukkan asam keping, serai, garam. Lepas itu masukkan ikan dan nenas. Ikan dah masak masukkan bendi, tomato dan cili padi. Tutup api dan makan dengan nasi panas.

Kerabu tomato

Saya panggil kerabu tomato. Rasanya masam manis pedas dan ada aroma udang kering. Kalau nak pedas guna cili padi. Macam saya suka pedas so saya guna cili padi. Kalau tak suka pedas guna cili besar.

Bahan - bahannya:-
1 biji tomato potong bulat
1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi/1 biji cili merah besar
1 sudu besar udang kering-rendam dgn air panas sekejap dan toskan
1 biji limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:-
Bawang,cili,udang kering ditumbuk kasar dan perah air limau kasturi.
Selepas itu gaul dengan  tomato.

Saturday 13 July 2013

Sagu Gula Melaka

Sagu gula melaka merupakan makanan tradisional dan memang sedap. Saya amat menyukainya. Saya pelajari resepi ni dari kelas masakan di Masjid Putra. Semalam saya cuba membuatnya sendiri seperti yang cikgu ajar untuk berbuka puasa bersama adik. Hasilnya  memang sedap dan gambar seperti dibawah.

Bahan-bahan sagu:-
1 cawan sagu - rendam sekejap
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

Caranya:-
Panaskan air masukkan garam dan gula. Apabila mendidih masukkan sagu. Masak hingga sagu berubah jernih. Dah masak lalukan di air paip utk kurangkan sagu terlalu melekat.

Air gula:-
2 cawan gula merah/gula melaka
1 cawan gula putih
3 cawan air
Daun pandan

Santan pekat secukupnya dan masak hingga mendidih jangan sampai pecah minyak dan letak garam sikit.