Friday 14 June 2013

Taufu fa

Taufu fa merupakan pemanis mulut yang lembut.  ia dimakan bersama dengan gula merah atau putih. Ia sesuai dimakan bila-bila masa sahaja. sesetengah orang suka makan dalam keadaan sejuk. Oleh itu, boleh lah disimpan dalam peti sejuk.

Sumber:
Dihasilkan: diaridapurmida.blogspot. com

Bahan-bahannya:
150 gm kacang soya
1 liter air (saya kurangkan 100ml - utk hasil yg keras sedikit)
1/2 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*
2-3 helai daun pandan

Cara-caranya:
1.kacang soya rendam 4-5 jam. Jgn rendam lebih dari 6 jam untuk elak dari berair.
2. selepas rendam ramas seketika kacang soya untuk asingkan kulit.
3. Basuh dan blend dgn 1 liter air. Tapis guna penapis kain.
4. Masak air soya bersama daun pandan hingga mendidih.
5. Sementara menunggu air soya mendidih satukan bahan-bahan bertanda *
6. Bila soya mendidih cepat-cepat tuangkan ke dalam bekas kedap udara. sebelum tu masukkan bahan bertanda* dahulu. Tuang secara tarik meninggi.
7. Biarkan 1 jam. Bila keras makan dengan air gula

Gula Merah
2 cawan gula merah
1 cawan gula
3 cawan air

◆ satukan semua bahan diatas masak hingga gula larut.

Gula Putih
2 cawan gula
3 cawan air

Saturday 8 June 2013

kuih kaswi

Dah lama sy tk masuk blog dan up date masakan. hari ni saya ada buat kuih kaswi resepi asal chef hanieliza..sblm ni sy buat dlm loyang tapi kali ni buat dlm bekas kecil bentuk love..

sumber: chef hanieliza
dihasilkan: diaridapurmida.blogspot

Bahan Sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
* Masak semua bahan di atas dan sejukkan.

Bahan Lain:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung1 tsp kapur kuih (optional)
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-cara:
Panaskan kukusan.Ratakan/ sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan plastik saiz loyang] atau gunakan acuan-acuan kecil dan sapukan sedikit minyak masak.

Bancuh semua bahan dan tapis.
Tuang dalam loyang.Kukus sehingga masak dalam 30 minit..kalau guna acuan kecil dlm 15 minit.Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik atau buka dari acuan.

Kelapa muda digaul dengan garam. (kukus kelapa sekejap supaya tk cepat basi) pastu gaul dgn kaswi.