Sunday 24 February 2013

Pau inti kelapa



Pau yang lembut dan agak gebu ini saya ambil resepinya dari blog Chef Hanieliza…saya letak inti kelapa warna pink hehehe…ok terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana sudi berkongsi resepi yang sedap ini…jom kita tgk resepinya di bawah


bahan.

500 gm tepung pau atau tepung gandum

1/2 s/k baking powder

1/2 s/k garam

1 s/b gula

2 s/k yeart mauripan

2 s/b shorterning

250 gm air suam

Cara

1. Gaul rata semua bahan kecuali air.

2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.

3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]

4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.

5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.

6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].

7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.

8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.

9. Panaskan kukusan.

10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.









  




Saturday 23 February 2013

Kuih Talam Seri Muka

Kuih Talam Seri Muka ini adalah antara makanan kegemaran saya. Sebelum ini saya hanya tahu membeli sahaja apabila teringin hendak makan kiuh ini kerana ingatkan membuatnya adalah susah tetapi bila membuatnya sendiri rupanya senang sahaja. Resepi ini saya perolehi dari blog Azie kitchen dan selepas itu saya telah jatuh cinta dengan blog ini yang sangat menarik dan semua resepinya sedap.

Kuih Talam Seri Muka

Bahan Lapisan Bawah:-
500 gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp garam halus
sedikit minyak masak (terutama jika guna santan kotak)

Cara cara:
Rendam pulut sekurang kurangnya 4 jam. Basuh bersih dan toskan.

Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Dialas plastik wrap dulu, jika mahu terus menggunakan loyang yang sama.  Apabila pulut masak, gaul hingga sebati. Tekan dalam loyang 10x10x2". 

 
Bahan Lapisan Atas:-
Bahan A
250 gm gula castor
100 gm tepung kastard
400 ml santan pekat (saya guna 600 ml)
400 ml air (guna 200 ml)
10 helai daun pandan- diblender dengan air di atas.-tapis

Bahan B
4 biji telur
1/2 sk garam halus
1/4 sk pandan essence (jika suka)
Pewarna hijau- secukupnya

Cara Cara
Kacau rata bahan A dan masukkan bahan bahan B. Kacau hingga sebati atau diblender kesemuanya. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil dikacau hingga naik wap sahaja. 

Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30-40 minit. Potong dengan pisau plastik apabila kuih benar benar sejuk.

Ayam Goreng Berempah Cara Mudah

Saya mendapat tempahan mee goreng ayam dari Pejabat jadi saya mahu menyediakan mee goreng itu bersama dengan ayam goreng berempah..saya cari di google dan tertarik dengan resepi Ayam Goreng Berempah Cara Mudah dari  HaSue@myresepi.com. Apa yang menarik dengan resepi ini ialah rasanya sedap, isi ayam tidak kering dan warna ayam menarik apabila masak...terima kasih kepada penyumpang resepi

Bahan-bahan ( 1 keluarga kecil )
  • 6-8 ketul chicken wings-potong 2,bersihkan dan toskan
  • 1 cm halia*
  • 4 ulas bawang merah-potong dadu*
  • 4 ulas bawang putih-potong 2*
  • 3 batang serai-potong bulat*
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu*
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • 2 sudu mkn sos cili-boleh lebihkan sedikit jika suka
  • Garam dan serbuk perasa(optional) secukupnya
Cara-cara
1.  Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam pengisar bahan kering,kisar sehingga lumat. Kalau tak ada pengisar tumbuk menggunakan lesung batu sehingga lumat-jika menggunakan kunyit segar hendaklah ditumbuk dengan lesung batu untuk mengelakkan kesan kuning pada pengisar.. 

2.Gaul ayam bersama bahan2 yang dikisar tadi dan tambahkan sos cili serta bahan2 perasa-garam dan serbuk perasa(jika mahu) 

3.  Perap didalam bekas tertutup dan diletakkan dalam peti sejuk.. 

     4.Adalah disyorkan perap ayam sekurang2nya setengah jam sebelum digoreng agar rempahnya bergaul mesra bersama ayam tadi..semakin lama diperap,semakinnn enak!

5.  NOTE:Sayap ayam tidak perlu digoreng terlalu lama untuk mengelakkan isi ayam yg kering.. SELAMAT MENCUBA ^_^